AST Solution
27/05/2022
Beli mesin basuh mahal-mahal, mestilah nak guna lama kan?
Jom amalkan tips penggunaan mesin basuh yang kami kongsikan ni.
Jangan lupa share dengan kawan-kawan juga..
1. Jangan letak kain lebih daripada had muatan mesin.
- Lebih muatan bukan sahaja menyebabkan kain basuhan tidak bersih, tetapi ia juga akan merosakkan spinning drum mesin anda.
2. Jangan terlebih sabun/ pencuci.
- Ni mesti ramai yang buat kan? Sebenarnya sabun lebih tak bermakna pakaian lebih bersih ye.. Terlebih sabun akan tinggalkan sisa sabun pada pakaian, basuhlah semula jawabnya..
3. Guna pencuci cecair.
- Pencuci cecair termasuklah ia tidak melekat pada pakaian. Bolehlah guna pencuci macam Breeze, Top dan sebagainya. Pencuci serbuk sesuai untuk pakaian yang sangat kotor. Jika nak basuh baju sekolah anak-anak atau baju terkena lumpur/ minyak, bolehlah guna pencuci serbuk mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Ingat, jangan lebih, jangan kurang!
4. Bersihkan perangkap habuk mesin basuh.
- Jangan lupa untuk bersihkan perangkap rambut dan kotoran mesin basuh seminggu sekali untuk elakkan masalah kegatalan dan pakaian berhabuk.
5. Jangan masukkan objek yang tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin.
- Mesin basuh anda bukan untuk membasuh karpet, beg, kasut ataupun teddy bear anak anda.
6. Tutup suis dan cabut plug selepas digunakan.
- Tutup suis untuk mengelakkan arus elektrik terus mengalir. Mesin basuh anda menggunakan hampir 2200 Volt setiap kali basuhan lengkap. Jadi, pastikan keadaan selamat dengan tutup dan cabut plug supaya tidak berlaku kemalangan elektrik.
7. Keluarkan barangan daripada poket seluar/ baju sebelum masukkan dalam mesin.
- Barangan kecil macam syiling, tisu, pin, duit boleh menyebabkan kerosakan pada mesin basuh.
8. Cuci / servis mesin basuh.
- Mesin basuh pun kena servis tau.. Bergantung pada kekerapan penggunaan, biasanya 6 bulan sekali. Anda boleh buat sendiri sekiranya berkemahiran atau dapatkan servis daripada professional.
9. Pastikan hos getah lebih rendah daripada kedudukan mesin basuh.
- Hos getah tepi mesin basuh berfungsi untuk membuang air kotor basuhan. Pastikan hosnya lebih rendah supaya air boleh mengalir dengan sempurna.
Tak susah pun nak buat, jom amalkan!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Selayang Indah
Batu Caves
68100
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 17:00 |