Dnl.co

Dnl.co

Share

02/12/2025

Banyak berita baru berkembang, berlegar, berkait, benda “B”.
Buat bentak bengis berdebar. Bersabar biarpun botak. Berdiam bertenang beroleh banjaran bahagia.
Bagaimana bicara begini boleh beri bentuk bahan bukti bosan.
Biasanya bila benda bulat berpusing, badan berkanun, berjiran boleh berfikir bertanya benar. “Boleh bagi bukti?”
Bukan bermaksud berprasangka buruk, bahkan boleh bantu buka batas berfikir.
Bisnes beliau bukankah besar, bahkan berkembang bagus berkat bantuan bersama.
Baginda? Bukan bahan bergurau bagi buat babak berjela beralih berwajah baru.
Benih bahagia berkembang begitu bebas, biasanya bermula bila batas besar berjaya.
Bualan berjemaah berfungsi beri banyak buah berfikir berkawan bahagi beban bersama.
Bahagia bermula bukan bila-bila, bahkan benar-benar bermula bila bait-bait bicara bersih bercambah membawa barakah.

16/11/2025

TEKNIK SENANG INGAT UNTUK ANAK UPKK 🧠🌟

Ramai anak susah hafal fakta akidah & ibadah. Boleh cuba teknik mnemonic ni:

Contoh: 13 Rukun Solat
➡️ Nak Bawa Topi DDT SST
(Asal huruf sama, memudahkan hafalan)

Bila anak ingat dengan cara kreatif, mereka lebih yakin menjawab UPKK ❤️

16/11/2025

CHECKLIST IBU BAPA UPKK 📚✨

Pastikan anak ready esok:
✔️ Tidur awal malam ni
✔️ Esok pagi sarapan ringkas macam roti + telur / oat
✔️ Alat tulis lengkap
✔️ Bacakan 1–2 doa ringkas sebelum tidur
✔️ Jangan bincang soalan — tenangkan sahaja
✔️ Ucapkan “Ibu/ayah bangga dengan kamu!”

Kadang-kadang anak tak perlukan nota banyak… mereka cuma perlukan keyakinan.

16/11/2025

Esok anak-anak tahun 5 akan menduduki peperiksaan UPKK.

DOA UNTUK ANAK HADAPI UPKK 🤲
Ya Allah, tambahkanlah ilmu kami, berikanlah kami kefahaman dan jadikanlah kami dari kalangan orang yang soleh solehah.

Tips untuk ibu ayah pada malam hari esok nak exam,
- Jangan push anak. Tenangkan hati mereka.
- Esok mereka akan terus berjuang di dewan peperiksaan. Selebihnya kita terus berdoa, berusaha dan bertawakal.
- Peluk anak lama sedikit malam ni, itu yang paling mereka perlukan ❤️

Semoga semua anak-anak UPKK diberi kefahaman yang mudah dan hati yang lapang ✨

29/10/2025

Kita tak perlu kuat setiap masa.
Cukup terus hidup, perlahan-lahan.
Satu hari nanti, semua ini akan jadi jawapan kenapa Allah uji.

29/10/2025
Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Batu Caves
68100