Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak

Share

Photos from Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak's post 29/05/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—£π—˜π—‘π——π—¨π——π—¨π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—˜π—‘π—§π—”π—₯𝗔 π—•π—¨π— π—œ π—›π—œπ—π—”π—¨ & π—‘π—’π—§π—œπ—¦ 𝗕𝗒π—₯π—”π—‘π—š πŸ±π—” π—œπ—‘π——π—œπ—”π—‘ π—¦π—˜π—§π—§π—Ÿπ—˜π— π—˜π—‘π—§
πŸ“Dewan Beringin, Taman Sri Gombak
πŸ—“ 29 Mei 2026 | Jumaat

Usai menunaikan solat Jumaat, YAB Dato' Seri Amirudin Shari telah dibawa ke Dewan Beringin, Taman Sri Gombak bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah buat penduduk Gombak menerusi Majlis Penyerahan Kelulusan Permohonan Tanah Pertanian Buku Hijau.

Seramai 161 penerima telah menerima kelulusan permohonan bagi tanah yang telah diusahakan sejak tahun 1975, sekali gus menamatkan penantian selama 51 tahun yang sarat dengan pengorbanan, kesabaran dan harapan.

Dalam majlis sama, seramai 10 penduduk Kampung Indian Settlement turut menerima Notis 5A bagi kumpulan terakhir, menandakan satu lagi penyelesaian penting terhadap isu tanah yang telah berlarutan sejak sebelum era kemerdekaan dan diwarisi merentas generasi.

Penyelesaian ini bukan sekadar soal pemilikan tanah, tetapi lambang komitmen kerajaan negeri dalam memastikan hak rakyat yang tertangguh dapat diselesaikan secara adil dan bermaruah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato' Seri Amirudin Shari selaku Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak atas komitmen dan keprihatinan beliau dalam memastikan penyelesaian ini dapat direalisasikan.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Tuan Rahim Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato' Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia; Puan Azlina Abdul Aziz selaku Pegawai Daerah dan Tanah Gombak, Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, Pejabat Ahli Parlimen Gombak, serta seluruh agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Alhamdulillah, pencapaian ini membuktikan bahawa apabila kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat berganding bahu, penyelesaian kepada isu yang tertangguh sekian lama mampu dicapai. Sebuah perjuangan panjang akhirnya menemukan noktah yang dinanti.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lot 91355, Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00