Chilli Dawg Banting

Chilli Dawg Banting

Share

Photos from Chilli Dawg Banting's post 17/08/2025

Assalamualaikum.
Hari ini, warung kesayaangan kalian semua; Chilli Dawg Banting buka macam biasa.

Setiap hari Ahad, kita cuti. Maaf ya!

Jemput singgah semuanya buat melepas rindu dan melayan tekak yang dah bosan dengan makanan biasa-biasa. Kami menjual comfort food, dan insyaAllah Allah bagi sedap.

⏱️ Waktu operasi,
Jam 4 petang hingga 10 malam.
Last order jam 9:30 malam.
πŸ“ Chilli Dawg Banting, berjiran dengan Ros Kerepek.

Sebarang pesanan dan tempahan meja;
wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg

Jemput singgah, ya! πŸ™‹πŸ»β€β™‚οΈ

Photos from Chilli Dawg Banting's post 02/08/2025

Hai, Assalamualaikum semua orang!
Jemput bawa satu keluarga datang makan-makan di warung Chilli Dawg Banting hari ini. β™₯️

Kami beroperasi Isnin hingga Sabtu,
⌚Jam 4 petang hingga 10 malam.
🏠 Lot 739, Jalan Sukun Kanchong Darat, betul-betul diapit kiri kanan oleh Ros Kerepek dan D'Purnama Homestay.

πŸ“Chilli Dawg Banting
πŸš— Waze & Maps: Chilli Dawg Banting

Menu kami termasuklah ramen samyang pedas berapi, spagetti berkrim, bebola daging lazat, chicken chop, dan juga kudap-kudapan.

Ada yang baru?
Ada!

Kami juga ada menjual Aiskrim Goreng pelbagai perisa premium, dan pastinya harga mampu milik untuk semua;
β™₯️ Paddle Pop
β™₯️ Yam Keladi
β™₯️ Coklat

Jemput datang tau!
Papehal, roger aje saya.

wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg

Photos from Chilli Dawg Banting's post 18/06/2025

Assalamualaikum.
Hari ini, warung Chilli Dawg Banting buka macam biasa.

Setiap hari Ahad, kita cuti. Maaf ya.

Kami menjual comfort food; chicken chop krispi besar gedabak, ramen pedas berdesing, dan tentunya pasta spageti krim berlemak kegemaran tua muda. InsyaAllah, Allah bagi sedap.

Port lepak hujung kampung yang paling tenang dan humble seadanya. Jauh dari bising-bising kenderaan, dan sepi menggamit memori.

⏱️ Waktu operasi,
Jam 4 petang hingga 10 malam.
Last order jam 9:30 malam.
πŸ“ Chilli Dawg Banting, berjiran dengan Ros Kerepek & D'Purnama Homestay.

Sebarang pesanan dan tempahan meja;
wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg
wasap.my/60173174927/HaiDawg

Jemput singgah, ya! πŸ™‹πŸ»β€β™‚οΈ

05/06/2025

Esok, 6 Jun 2025;
Jumaat 9 Zulhijjah 1446H,

Kami akan buka awal, dan tutup awal.
Buka jam 2 petang - 7 malam sahaja.

Sabtu & Ahad cuti raya.

Jemput datang makan dan tapau reramai esok, sebelum berangkat pulang ke kampung; sebelum masuk dapur berperang memasak juadah raya.

Jemput singgah semua!
Salam Aidiladha, in advance. β™₯️

10/05/2025

SELAMAT HARI IBU,
SELAMAT HARI IBU.

Buat Emak, mummy, mama, ummi, bonda, ibu, dan apa jua panggilan rumah buat kamu; selamat hari kamu ya!

Ternyata, kau adalah rumah ternyaman buat keluarga; suami dan anak-anakmu.

Terima kasih kerana bersabar dan bertabah meneladani dan melayani seisi keluargamu tanpa keluh dan kesah. Syurga tertinggi buat semua para isteri dan bonda di seluruh dunia.

Raikan Hari Ibu bersama syurga termahal kamu, di warung western tepi kampung ini. Mesti mereka seronok dan gembira.

Hadiah ini, tak perlu mahal. Asalkan kita tunjuk cara kita menghargai dan membalas budi mereka, semampu kita.

Warung buka macam biasa hari ini.
Ajaklah ibu dan ayah datang makan.
Kita ketawa dan gembira sama-sama!

Photos from Chilli Dawg Banting's post 08/03/2025

Assalamualaikum.

SLOT BERBUKA PUASA,
BERMULA 10 MAC 2025 (ISNIN),
SUDAH PUN DIBUKA!

Mesej awal, biar tak kalut.

Kalau dah jam enam petang baru nak halu-halu, bimbang Abang terlepas pandang mesej sayang.

Datang satu kereta, dua kereta, tiga kereta, sepuluh kereta; roger saja. First come first serve.

Menu ala carte ada macam biasa,
Nak mudah kerja, pesan set yang kau s**a.

wasap.my/60173174927/CDBPuasa
wasap.my/60173174927/CDBPuasa
wasap.my/60173174927/CDBPuasa

Photos from Chilli Dawg Banting's post 07/03/2025

SLOT BERBUKA PUASA KINI DI BUKA!
Bermula 10 Mac, sehingga 29 Mac 2025.

Boleh booking meja,
Boleh walk in (tak jamin meja ada).
FIRST COME FIRST SERVE.

Kalau datang satu kereta,
3-4 orang satu meja;
Nak pesan apa?

Boleh cuba,

Dulang Kehebatan RM90
Dulang Kenikmatan RM80
Dulang Kepedasan RM55
Couple Set RM38
Medang Set RM25
Kawan Set RM65

Dah booking meja,
Tinggal duduk dan tunggu,
Tau-tau makanan sampai di meja.

wasap.my/60173174927/CDBBatalPuasa
wasap.my/60173174927/CDBBatalPuasa
wasap.my/60173174927/CDBBatalPuasa

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jalan Sukun
Banting
42700

Opening Hours

Monday 16:00 - 22:00
Tuesday 16:00 - 22:00
Wednesday 16:00 - 22:00
Thursday 16:00 - 22:00
Friday 16:00 - 22:00
Saturday 16:00 - 22:00