Madu Quad

Madu Quad

Share

06/12/2025

BOLEHKAH MINUM MADU TUALANG GUNA SUDU BESI?

Ramai yang bertanya saya,

“Selamatkah ambil madu dengan sudu besi, atau lebih baik elakkan?”

Jawapannya: Boleh, tapi sebaiknya elakkan.


1. pH Madu Tualang Bersifat Asidik

Madu Tualang tergolong dalam kategori madu hutan yang mempunyai pH sekitar 3.14–3.83 (Mohd Kamal et al., Nutrients, 2021).

Sifat asidik ini adalah salah satu faktor antibakteria semula jadi madu, kerana kebanyakan bakteria tidak boleh hidup dalam suasana berasid.

Jika terkena permukaan logam terlalu lama, asid lemah ini boleh menyebabkan oksidasi ringan pada logam.


2. H₂O₂ – Rahsia Antibakteria Madu Asli

Madu asli menghasilkan hidrogen peroksida (H₂O₂) melalui enzim glucose oxidase, yang berperanan sebagai pembunuh bakteria semula jadi (Mandal & Mandal, Asian Pac J Trop Biomed, 2011).

Mekanisme ini adalah antara sebab madu disebut sebagai syifa’ (penyembuh) dalam al-Qur’an.

Walaupun sudu besi tidak memusnahkan H₂O₂ secara serta-merta, pendedahan jangka panjang dengan logam boleh menjejaskan kualiti antioksidan madu.


3. Pencegahan Pencemaran Logam dan Korosi Ringan

Kajian menunjukkan madu yang bersifat asidik boleh menyebabkan korosi ringan pada logam dan meningkatkan risiko larutan ion logam masuk ke dalam madu jika logam itu tidak berkualiti tinggi (Ajibola et al., Food Chem, 2012; Aghamirlou et al., Food Chem, 2015).

Ion logam seperti Fe²⁺/Fe³⁺ berpotensi mengubah warna, rasa, dan kestabilan antioksidan madu dalam jangka panjang.

Dari sudut adab Islami, makanan yang dimuliakan dalam al-Qur’an wajar dijaga dengan cara paling bersih dan beradab, termasuk menggunakan sudu kayu atau seramik.


Jika terpaksa guna sudu besi, terus masukkan madu ke mulut tanpa dibiarkan lama pada sudu.

Lebih baik dan afdhal, gunakan sudu kayu, plastik berkualiti, atau seramik untuk mengekalkan kualiti madu dan adab mengambil makanan syifa’.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Nahl ayat 69:

فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
“Di dalamnya (madu) terdapat penawar bagi manusia.”

Dan sabda Rasulullah ﷺ:

“Kesembuhan itu pada tiga hal: minum madu, sayatan bekam, dan kay dengan api…”
(Riwayat al-Bukhari, no. 5681)

🌿 Tip Quadmeds: Minumlah madu Tualang setiap pagi dengan niat ibadah. Tubuh yang sihat dan bersih adalah asas kepada kekuatan rohani dan amal soleh.
_________________

05/12/2025

Ramai yang pernah buka botol madu asli - terutama Madu Tualang Hutan - lalu terdengar bunyi “pssst” atau terlihat sedikit buih halus di permukaan. Ada juga yang mendapati madu itu seolah-olah bergas bila dibuka selepas disimpan lama.

Lalu timbullah salah faham bahawa madu itu “rosak”.

Sebenarnya tidak.

🧬

Madu asli mengandungi mikroorganisma baik (bakteria probiotik semula jadi) seperti Lactobacillus kunkeei, Bacillus subtilis, dan Saccharomyces cerevisiae - iaitu spesis bakteria dan yis yang secara semula jadi hidup dalam madu mentah 【1】.

Apabila madu disimpan lama, terutamanya pada suhu bilik, fermentasi semula jadi boleh berlaku melalui aktiviti mikroorganisma ini.

Dalam proses ini,

Gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa akan diuraikan secara semula jadi,

Lalu menghasilkan gas oksigen (O₂) dan karbon dioksida (CO₂) dalam jumlah kecil,

Bersama dengan sebatian organik seperti asid laktik, asid glukonik dan enzim tambahan yang sebenarnya memperkayakan khasiat madu 【2】【3】.


Ini yang menyebabkan madu asli kadang-kadang kelihatan “bergas” atau ada bunyi ketika dibuka - bukan tanda rosak, tetapi tanda madu hidup dan aktif secara biologi.

🌿

Tahukah anda, di dalam sarang lebah itu sendiri, madu yang matang sepenuhnya disebut oleh pakar apikultur sebagai “fully fermented honey” - iaitu madu yang telah melalui proses fermentasi semula jadi sebelum lebah menutupnya dengan lilin (capping).

Proses ini membantu,

✅ Mengurangkan kadar air madu ke paras ideal (20–22%),
✅ Menstabilkan pH sekitar 3.2–4.5,
✅ Dan menghasilkan madu yang tahan lama secara semula jadi tanpa bahan pengawet.

Justeru, fermentasi semula jadi ini bukan kecacatan, tetapi satu bentuk kematangan biokimia.

⚙️

Dengan kefahaman ini, kami di Madu Quad Tualang bukan sekadar memasarkan madu asli - kami menguruskan madu secara saintifik dan beretika.

Setiap botol melalui kawalan berikut,

1. Analisis kelembapan (moisture control) supaya tidak melebihi 22%.

2. Modifikasi sistem botol untuk menampung tekanan gas semula jadi madu.

3. Pengujian kestabilan suhu dan tekanan supaya madu kekal selamat sepanjang penghantaran.

Hasilnya, madu kami lebih kental, stabil, dan kaya dengan bakteria baik yang menyokong sistem imun dan pencernaan. Bismillah Maashaaallah, kadar kerosakan juga telah turun secara drastik,

📊 Sebelum ini:

Daripada setiap 3,000 botol, sekitar 15–20 botol dikembalikan kerana kerosakan.

⚙️ Kini (selepas penambahbaikan):
Hanya 5 botol bagi setiap 3,000 unit, iaitu kadar kerosakan sekitar 0.16% — antara yang terendah dalam industri madu hutan tempatan.


🧠

Madu bukan bahan kimia mati. Ia adalah sistem hidup yang aktif secara biologi, mengandungi enzim, bakteria baik, dan gas semula jadi yang terhasil dari fermentasi.

Oleh itu, apabila anda mendengar bunyi “pssst” atau melihat buih kecil - itu bukan tanda kerosakan.

Itu tanda madu anda benar-benar asli dan hidup.

📚

Rujukan ringkas:

1. Vásquez, A. & Olofsson, T.C. (2009). The Lactic Acid Bacteria Involved in the Production of Honey and Beebread. Journal of Applied Microbiology.

2. Bogdanov, S. et al. (2009). Honey Quality, Methods of Analysis and International Standards. International Honey Commission (IHC).

3. El Sohaimy, S.A. et al. (2015). Physicochemical Characteristics of Egyptian Honey from Different Floral Sources. J. Food and Drug Analysis.

4. Snowdon, J.A., & Cliver, D.O. (1996). Microorganisms in Honey. International Journal of Food Microbiology.

--------

💛 “Madu yang bergas bukan madu rosak - ia tanda madu yang masih hidup.”

02/12/2025

Soalan :

Boleh ke kalau nak minum air yang ada pemanis tiruan ni untuk hilangkan craving?

Jawapan :

Boleh je nak minum untuk hilangkan craving benda manis sebab masih 0 kalori✔️

Setakat ni tak ada lagi bukti kajian klinikal yang mengatakan artificial sweetener boleh menyebabkan kanser.

Tapi jangan la amalkan hari2 sebab di dalamnya masih terkandung sodium (garam) 166mg. Setakat nak minum 2-3 kali sebulan masih dikira ok✌🏻

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Taman Nilam
Banting
42700