Surau Darul Ehsan
30/04/2026
CARA MELEPASKAN BEBAN MENTAL TANPA BERCAKAP DENGAN SESIAPA
Ada satu fasa dalam hidup, kita penat bukan sebab kerja berat.
Kita letih sebab terlalu banyak simpan.
Simpan kecewa.
Simpan marah.
Simpan rasa tak dihargai.
Simpan luka yang tak pernah sempat diceritakan.
Dan ada masanya, kita tak nak bercakap dengan sesiapa pun.
Bukan sebab ego.
Tapi sebab kita sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan apa yang kita rasa.
Psikologi panggil keadaan ini sebagai emotional overload β bila emosi yang dipendam terlalu lama, sistem saraf jadi tegang walaupun kita diam.
Kajian dari Harvard Medical School (2022) menunjukkan, emosi yang dipendam tanpa saluran pelepasan akan meningkatkan hormon kortisol (hormon stres), yang boleh ganggu tidur, fokus, dan kestabilan emosi β walaupun individu itu nampak βokβ dari luar.
So persoalannya: Kalau kita tak nak bercakap dengan sesiapa, macam mana nak lepaskan beban mental?
Jawapannya:
π Badan dan jiwa ada bahasa lain selain percakapan.
1. MENULIS TANPA TAPISAN β BERCERITA DENGAN KERTAS
Dalam psikologi, teknik ini dipanggil Expressive Writing.
Kajian oleh Dr. James Pennebaker (University of Texas) mendapati: Menulis emosi mentah selama 15β20 minit sehari boleh mengurangkan tekanan emosi, simptom kemurungan, dan meningkatkan kejelasan fikiran.
Bukan menulis ayat cantik. Bukan menulis untuk difahami orang. Tapi menulis apa yang otak asyik ulang.
Tulis: βAku penat.β βAku marah tapi aku tak tahu kenapa.β βAku rasa kosong walaupun ramai orang sekeliling.β
Lepas tulis, koyak atau simpan.
Yang penting, emosi keluar, bukan terus berlegar dalam kepala.
Dalam Islam, ini selari dengan konsep muhasabah diri β bercakap dengan hati sendiri tanpa menipu.
2. PERGERAKAN FIZIKAL SENYAP β BADAN LEPASKAN EMOSI
Ramai tak sedar, emosi bukan duduk di fikiran saja, tapi tersimpan dalam badan.
Sebab tu: β dada rasa sempit
β bahu keras
β leher tegang
β perut tak selesa
Kajian neuroscience menunjukkan aktiviti seperti berjalan perlahan, regangan, atau sujud lama boleh mengaktifkan parasympathetic nervous system β sistem yang menenangkan otak.
Dalam Islam, solat sebenarnya adalah terapi tubuh dan jiwa:
Berdiri β fokus
Rukuk β lepaskan ketegangan belakang
Sujud β turunkan degupan stres
Sebab itu Nabi SAW bersabda:
βWahai Bilal, rehatkanlah kami dengan solat.β
Solat bukan beban.
Solat itu tempat melepaskan beban.
Agama lain juga tekankan perkara sama: β Kristian: silent prayer
β Buddha: walking meditation
β Hindu: yoga as emotional release
Semua ajar satu benda:
π Diam yang bergerak lebih menyembuhkan dari diam yang memendam.
3. MENANGIS DALAM KESELAMATAN β BUKAN KELEMAHAN
Psikologi moden mengiktiraf crying therapy.
Menangis membantu keluarkan hormon stres dan melepaskan tekanan saraf.
Masalahnya budaya kita ajar: βJangan nangis, kuat sikit.β
Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menangis, dan Baginda tak pernah malu dengannya.
Menangis sendirian, dalam doa, dalam sujud β itu bukan lemah. Itu jiwa sedang membaiki dirinya sendiri.
Kadang-kadang air mata adalah bahasa paling jujur bila mulut dah penat.
4. BUAT KEBAIKAN SENYAP β TERAPI PALING TAK DISANGKA
Ini menarik.
Kajian dari Stanford University (2021) mendapati: Melakukan kebaikan tanpa diketahui orang lain meningkatkan hormon oxytocin dan dopamine β hormon rasa bermakna dan tenang.
Contoh:
Sedekah tanpa nama
Tolong orang tanpa cerita
Senyum pada orang asing
Doakan orang yang tak tahu pun kita wujud
Dalam Islam:
βSedekah yang paling baik ialah yang tangan kiri tidak tahu apa yang tangan kanan beri.β
Dalam agama lain pun sama: Kebaikan senyap = penyembuhan dalaman.
Sebab bila kita buat baik, otak kita terima mesej: π βAku masih berguna.β π βAku masih ada nilai.β
Dan itu sangat kuat untuk jiwa yang letih.
5. BERCAKAP DENGAN ALLAH, BUKAN DENGAN MANUSIA
Ada luka yang manusia takkan faham walaupun kita cerita.
Aku nak tanya kau satu soalan, jujur dari hati:
π Antara semua cara ni, yang mana paling dekat dengan keadaan kau sekarang?
Kalau kau rasa content ni kena dengan hidup kau,
tolong share banyak-banyak.
Mungkin ada seseorang yang senyap-senyap tengah tenggelam, dan dia perlukan ayat ni.
c&p https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95xkiLRMUXn
30/04/2026
Alhamdullilah selesai Program 3 dalam 1. Terima kasih semua yang terlibat
28/04/2026
*PROGRAM KENALI UBAT ANDA*
Sempena Program Jualan Ehsan Rahmah
π
29 April 2026
β° 8.00 Pagi β 1.00 Petang
π Surau Darul Ehsan, Jln Air Tawar, Kg Bandar, Banting
https://maps.app.goo.gl/mP9kHHWySJc5hnYC6
π Jom Check Gula & Tekanan Darah β PERCUMA!
π Pameran Ubat Berdaftar
π Khidmat Nasihat Penggunaan Ubat Secara Selamat
β¨ Singgah booth kami sambil berbelanja di Jualan Ehsan Rahmah!
π Terbuka kepada semua penduduk
β€οΈ Kesihatan terjaga, komuniti sejahtera
28/04/2026
π£ *JUALAN EHSAN RAHMAH MADANI DUN MORIB π£*
Ayuh semua warga Kampung Air Tawar & sekitarnya, jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan
*BARANG KEPERLUAN ASAS PADA HARGA SUPER JIMAT & RAHMAH! π*
π *29 APRIL 2026 | RABU*
β° *9.00 pagi β 12.30 tengah hari*
π *PERKARANGAN SURAU DARUL EHSAN, KAMPUNG AIR TAWAR
πhttps://maps.app.goo.gl/mP9kHHWySJc5hnYC6
Anjuran: SURAU DARUL EHSAN,AHLI MAJLIS MPKL ZON 21 dengan Kerjasama PEJABAT PENYELARAS DUN MORIB(N53)
ANTARA HARGA ISTIMEWA RAKYAT 2026:
π Ayam β RM10.00
π Ikan β RM6.50
π₯© Daging β RM10.00
π Beras (5kg) β RM12.00
π₯ Telur β RM9.00
π’οΈ Minyak β RM10.00
π Bihun β RM2.50
πΎ Tepung β RM2.00
π₯« Sardin β RM5.50
πͺ Biskut β RM3.00
π§Ό Sabun Cuci Baju β RM14.00
π *JIMAT BESAR, LEGAKAN BELANJA, RINGANKAN BEBAN RAKYAT!*
*Inilah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Jualan Ehsan Rahmah MADANI 2026 yang sentiasa dekat di hati rakyat *
*β¨ JOM TURUN BERAMAI-RAMAI!*
π *KONGSI & VIRALKAN supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat!*
28/04/2026
Assalamualaikum semua π
π’ *Booth Kitar Semula MPKL datang lagi!*
Booth ini akan diadakan **semasa Jualan Ehsan Rahmah**, jadi boleh datang sekali untuk dua-dua sekaliπ
π 29 April 2026 (Rabu)
β° 9.00 pagi β 12.30 tengah hari
π Surau Darul Ehsan, Kampung Air Tawar
https://maps.app.goo.gl/WYB3jZReBBZRF1o89?g_st=ipc
π Sambil beli barang keperluan dengan harga murah, jangan lupa bawa sekali barang terpakai dari rumah:
β»οΈ Minyak masak terpakai
β»οΈ Baju lama
π° Ada antara barang ni BOLEH TUKAR DUIT!
Barang nampak tak berguna pun masih ada nilai π
Datang beli barang murah, dalam masa sama boleh tambah duit π΅ποΈ
Kalau terlepas sebelum ni, inilah peluang kedua π
Jom ramai-ramai datang! Ajak jiran sekali π¨βπ©βπ§βπ¦
Jumpa nanti!
Alhamdullilah selesai Majlis Sambutan Hari Raya Surau Darul Ehsan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan, sama ada dalam bentuk kewangan, barangan, mahupun tenaga. Sokongan kalian telah membawa kegembiraan yang bermakna kepada para tetamu di Aidilfitri kali ini. Terima kasih daun keladi, moga kerjasama ini berterusan lagi
17/04/2026
```JEMPUTAN RASMI```
*MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SURAU DARUL EHSAN*
Ψ§ΩΨ³ΩΩΩΩΨ§Ω
Ω ΨΉΩΩΩΩΩΩΩΩ
Ω ΩΩΨ±ΩΨΩΩ
ΩΨ©Ω Ψ§ΩΩΩΩ ΩΩΨ¨ΩΨ±ΩΩΩΨ§ΨͺΩΩΩ
Kehadapan YBhg. Tan Sri/ Puan Sri/ Datoβ/ Datin/ Tuan/ Puan yang dihormati,
Pihak Jawatankuasa Surau Darul Ehsan dengan segala hormat dan takzimnya menjemput untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1447H / 2026M.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
π TARIKH:
17 April 2026 (Jumaat)
β° MASA:
Selepas Solat magrib. Jamuan bermula selepas solat Isyak
π TEMPAT:
Perkarangan Surau Darul Ehsan
Semoga kehadiran ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan ukhuwah sesama masyarakat khususnya ahli kariah SDE.
Sekian, terima kasih.
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Surau Darul Ehsan
Sayu rasanya membayangkan kepergianmu. Selamat tinggal Ramadan, bulan penuh kemuliaan. Semoga kita dipertemukan lagi tahun depan.
14/09/2025
Aktiviti Sambutan di malam hari Maulidur Rasul SDE.
Alhamdullilah. Terima kasih atas kehadiran semua. Mohon maaf atas kekurangan. Semoga mendapat manfaat dari majlis ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the place of worship
Telephone
Website
Address
Kampung Ayer Tawar
Banting
42700