Brainy Bunch Banting
26/01/2026
Satu Suara Dari Lapangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Mereka tidak menolak perubahan. Mereka hanya memohon agar perubahan dilaksanakan dengan tertib, berperingkat dan berpijak di bumi nyata.
Pengusaha tadika swasta dari seluruh negara dalam taklimat hari ini tampil dengan satu rayuan yang ikhlas agar pelaksanaan dasar baharu pendidikan awal kanak-kanak ditangguhkan sementara. Bukan kerana takut kepada perubahan, tetapi kerana perubahan yang terlalu cepat berisiko menjejaskan ekosistem yang telah dibina dengan penuh komitmen selama bertahun-tahun.
Di sebalik setiap tadika, terdapat guru-guru yang berkelulusan dan telah lama berkhidmat dengan dedikasi. Terdapat mahasiswa yang sedang menuntut ilmu dengan harapan untuk menjadi pendidik. Terdapat ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, dan terdapat anak-anak kecil yang sedang membina asas kehidupan mereka.
Pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar persediaan ke Darjah Satu. Ia merupakan fasa penting dalam pembentukan emosi, sosial, disiplin, fokus dan keyakinan diri asas yang menentukan bagaimana seseorang anak menghadapi alam persekolahan dan kehidupan seterusnya.
Sehubungan itu, mereka merayu agar ruang perbincangan dibuka, suara lapangan didengar dan pelaksanaan dasar dilaksanakan secara berperingkat. Demi menjaga kebajikan guru, kelangsungan pengusaha dan yang paling utama, masa depan anak-anak negara.
Antara yang hadir termasuk Al Baghdadi, Q-Dees, REAL Kids, Sun Bear Sproud, Tadika Harmoni, Tadika Seri Cahaya, Little Cali
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
E-1-47 Jalan Seri Pekan, Taman Seri Pekan
Banting
42700