KAFA Integrasi Taman Kemuning

KAFA Integrasi Taman Kemuning

Share

Photos from KAFA Integrasi Taman Kemuning's post 14/04/2026

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Tarikh: 10 April 2026 / 21 Syawal 1447 H
Hari : Jumaat

Syukur alhamdulillah, kita diberikan kesihatan dan dapat bertemu kembali pada Aidilfitri tahun 2026 ini.

Suasana penuh indah , anak-anak berbaju cantik, berseri-seri dan riang gembira meraikan hari yang penuh bermakna ini.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sudi menyumbangkan pelbagai juadah dan menu yang lazat untuk dikongsi bersama.

Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi ukhuwah, memupuk kasih sayang serta mencipta kenangan indah buat semua warga sekolah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

20/03/2026
Photos from KAFA Integrasi Taman Kemuning's post 17/03/2026

📅 16 Mac 2026M | 26 Ramadan 1447H

✨ Majlis Khatam Al-Quran
✨ Penyampaian sumbangan kepada asnaf & anak yatim
✨ Tazkirah:
• Kelebihan Bulan Ramadan Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadan
• Adab Ziarah Hari Raya

📅 17 Mac 2026M | 27 Ramadan 1447H

✨ Bacaan Yasin
✨ Tayangan video: Anak Soleh Menyambut Hari Raya Aidilfitri
✨ Bimbingan bacaan dalam Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
✨ Bacaan dalam solat lima waktu

🌙 Semoga segala amalan kita diterima, dipermudahkan urusan, dan dikurniakan keberkatan di bulan yang mulia ini.

.
.

06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran mengingatkan kita untuk sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Moga kita semua mendapat keberkatan daripadanya.

Semoga kita semua terus mencintai, membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Moga Al-Quran menjadi cahaya dan petunjuk dalam setiap langkah kita. ✨

Photos from KAFA Integrasi Taman Kemuning's post 25/02/2026

25 Februari 2026M | 07 Ramadan 1447H

Syukur Alhamdulillah 🤲

Keputusan Peperiksaan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Tahun 2025

Jumlah calon: 47 orang

✨ 9A – 4 orang
✨ 8A – 3 orang
✨ 7A – 3 orang
✨ 6A – 4 orang
✨ Selebihnya calon memperoleh keputusan 3A hingga 5A

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa serta guru-guru atas doa, sokongan dan bimbingan yang berterusan.

Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus cemerlang di dunia dan akhirat serta melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Tahniah semua👏👏👏

17/01/2026

🕌 SALAM ISRAK MIKRAJ 🌙

🌹27 Rejab 1447H

Marilah kita menghayati peristiwa agung
Israk dan Mikraj Rasulullah SAW
sebagai pengajaran dan peringatan
tentang kepentingan solat,
ketaatan kepada Allah
serta pembentukan akhlak mulia.

✨ Semoga kita sentiasa istiqamah
dalam mengerjakan solat
dan memperkukuh iman serta takwa. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jalan Kemuning 6, Taman Kemuning
Banting
42700

Opening Hours

Monday 12:00 - 18:00
Tuesday 12:00 - 18:00
Wednesday 12:00 - 18:00
Thursday 12:00 - 18:00
Friday 12:00 - 18:00