Masjid ar-Raudhah Sg. Kelambu

Masjid ar-Raudhah Sg. Kelambu

Share

30/04/2026

Assalamualaikum wb.

📌Makluman kepada seluruh ahli kariah Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat./Masjid Arraudhah kg sg kelambu banting selangor.

📆30/4/2026 KHAMIS

▶️Alhamdulillah telah selesai Program Turun Padang Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Hj. Salehuddin bin Saidin bersama ketua-ketua jabatan ke Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat pada hari ini.

▶️Program dimulakan dengan ucaptama daripada beliau yang menekankan peranan masjid sebagai pusat tumpuan dan transformasi ummah, khususnya di kariah ini.

▶️ Penekanan turut diberikan agar usaha menyantuni serta mengajak ahli kariah untuk hadir ke masjid dipergiat melalui pelbagai aktiviti melibatkan golongan muda, remaja dan dewasa, lelaki serta wanita.

▶️Seterusnya sesi dialog bersama nazir-nazir masjid dan pengerusi surau Daerah Kuala Langat telah diadakan sebagai platform terbaik untuk membincangkan serta mencari penyelesaian kepada permasalahan berkaitan pengurusan masjid.

▶️Pihak masjid juga telah membawa YAD Dato’ Setia meninjau ke 2 lokasi untuk dipertimbangkan bagi permohonan sumbangan, iaitu kerja-kerja menaik taraf tempat wuduk lelaki dan tandas luar lelaki di bahagian kiri masjid.Alhamdulillah mendapat perhatian dan dipertimbangkan darinya.

▶️Lawatan diteruskan ke Jalan Ria ke TPI Jalan Sempadan KD. Alhamdulillah khabar gembira telah diperoleh apabila persetujuan peruntukan bagi penyambungan kerja-kerja tersebut telah dipersetujui dan akan diuruskan oleh Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

▶️Semoga segala urusan dipermudahkan.

▶️Akhir kata, pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan Terima Kasih kpd YAD Dato' Setia MAIS ,barisan Ketua Jabatan yg hadir serta ucapan terima kasih kepada Tuan PTA PAID Kuala Langat atas usaha dan bantuan yang diberikan, serta kepada semua pihak termasuk ahli kariah yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen kepada pihak masjid.

▶️Mohon doakan agar barisan kepimpinan masjid sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan.

❤️ MJASKDnangAtiSelawasey
,pegawai2Ajk2masjid Arraudhah kg sg kelambu banting selangor Terbaik.

05/02/2026

✨*_FARAIDH & PENGURUSAN HARTA PUSAKA *✨

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi,

JEMPUTAN KULIAH MAGHRIB- FARAIDH & PENGURUSAN HARTA PUSAKA.
seperti ketetapan berikut:

🗓️ TARIKH : 05 FEBRUARY.2026 *
_bersamaan 17 SYAABAN 1447H_/ISNIN

⏳MASA : SELEPAS MAGHRIB

🏠TEMPAT : DEWAN SOLAT MASJID AR - RAUDHAH KG SG KELAMBU.

Moga dengan kehadiran Tuan/Puan sekalian dapat menambahkan lagi barokah majlis ini.

Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar-Raudhah
Kampung Sungai Kelambu, Banting

Semoga usaha mulia murni ini diberkati dan menjadi amal jariah yang terus diredhai Allah SWT.🤲🏼

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Kampung Sungai Kelambu
Banting
42700