Perpustakaan PBS

Perpustakaan PBS

Share

Photos from Perpustakaan PBS's post 23/10/2025

TELAAH 2025 - Meneroka ilmu, Mengakar Budaya, Mencetus Inovasi.
Sesi Telaah “Permainan Tradisional: Akar Budaya Bangsa”

PUTRAJAYA | 21 Oktober 2025 - Sempena Program Telaah 2025 Peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Perpustakaan Politeknik Banting Selangor (PBS) telah menganjurkan Sesi Telaah “Permainan Tradisional: Akar Budaya Bangsa” dan Sesi Interaktif Permainan Mini (Pertandingan congkak & Batu Seremban) bertempat di Lobi Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Penganjuran sesi ini merupakan salah satu usaha untuk memperkenalkan serta membudayakan permainan tradisional dikalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi . Melalui pendekatan interaktif yang diketengahkan, para peserta berpeluang untuk merasai pengalaman bermain permainan tradisional sambil menghargai nilai sejarah dan budaya yang terkandung di dalamnya.

Diharapkan penganjuran program ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman budaya serta memperluas apresiasi terhadap warisan permainan tradisional dalam kalangan warga Institusi Pendidikan Tinggi.

05/09/2025

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".
(Surah Al-Ahzab, ayat 21).

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1447H/2025M
Ikhlas dari : Unit Perpustakaan PBS

Photos from Perpustakaan PBS's post 28/08/2025

28 OGOS 2025 - Majlis Perasmian Penutupan Program Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2025 dan Sesi Bicara Ilmu yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Unit Perpustakaan PBS telah membawa 24 orang pelajar bagi menyemarakkan Program Dekad Membaca Kebangsaan seterusnya dapat membudayakan tabiat s**a membaca dalam kalangan pelajar.

27/06/2025

Hijrah adalah Pengorbanan,
Mengorbankan Nafsu dan Keinginan Dunia,
Hijrah adalah Perjuangan,
Mujahadah Meninggalkan Larangan Allah,
Bukan Mudah, Tapi Pasti Tidak Mustahil,
Dari Kegelapan Menuju Cahaya,
Dari Ketidakadilan Menuju Keadilan,
Dari Perpecahan Menuju Kesatuan.

SALAM MAAL HIJRAH 1447H / 2025M
Unit Perpustakan PBS.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Banting?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00