Civil Engineering UKM
03/07/2026
Majlis Makan Malam CIVILENS & Majlis Mesra Graduan ,🎓 26 Jun 2026
Majlis Makan Malam CIVILENS merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh UKM's Civil Engineering Student Society (CIVILENS) sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa, pensyarah dan warga Jabatan Kejuruteraan Awam.
Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Mesra Graduan bagi meraikan bakal graduan yang bakal menamatkan pengajian dan melangkah ke alam kerjaya.
Tahniah kepada semua pemenang anugerah dan semua bakal graduan atas segala usaha dan pencapaian sepanjang pengajian.
Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melakar kejayaan, menyumbang kepada masyarakat dan mengharumkan nama alma mater.
Terima kasih kepada barisan kepimpinan CIVILENS, AJK, para pensyarah dan semua pelajar yang hadir kerana menjayakan majlis ini. Semoga kenangan indah ini menjadi inspirasi untuk terus maju dan kekal sebagai sebahagian daripada keluarga besar Jabatan Kejuruteraan Awam.
Selamat maju jaya kepada semua graduan! Once a CIVILENS, always a CIVILENS
Pemenang Anugerah Majlis Mesra Graduan:
Anugerah Kecemerlangan Akademik - ADELINE LEE MIE HUI
Anugerah Tokoh Pelajar Lelaki - MUHAMMAD RAZIN IMAN BIN ATAN IDRIS
Anugerah Tokoh Pelajar Perempuan - HANNA FELZATY BT ARMAN RAKI
Anugerah Tokoh Kepimpinan CIVILENS - SHAHEERA DHANIA BINTI SHAMSUL BAHRIN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina
Bangi
43600