KAyuh SElaMat - KASEM
21/06/2022
Pengayuh basikal kebanyakkannya bergantung kepada jalan persekutuan. Namun kita tahu terdapat pelagai isu mengenai penyelenggaraan jalan yang boleh membahayakan keselamatan.
Tidak dinafikan belanja besar perlu, namun jika perlaksanaan dan kualiti kerja sekadar melepas batuk ditangga, sepastinya ia bukan penyelesaian terbaik untuk tempoh masa panjang.
25/01/2022
Adakah empunya kenderaan datang sekali dengan pakej tahap CIVIC yang tinggi, ataupun sebaliknya? 🤔
Polis akan memanggil sekumpulan individu dipercayai ahli kelab kereta untuk memberi keterangan dalam masa terdekat selepas gambar mereka berkumpul di lorong kecemasan di Lebuh raya Temiang-Pantai, tular menerusi media sosial : KPD Nilai
24/01/2022
Rider setiap kali kayuh je atas jalan Malaysia ni, sepastinya akan terdedah kepada 5 risiko tersebut:
1 - Kerosakkan jalan raya dan tiada/kurang penyelengaraan daripada mereka yang bertanggungjawab (Gambar 1)
2 - Aspek rekabentuk, kejuruteraan dan penggunaan bahan ‘sub-standard’ pada jalan raya yang tiada ciri-ciri keselamatan (Gambar 2 & 3)
3 - Kelalaian rider sendiri, mahupun daripada rakan2 rider lain (Gambar 4)
4 - Kelalaian daripada kenderaan lain yang menggunakan jalan raya (Gambar 5)
5 - Kecaman Netizen minda kelas ketiga (sorry, yang ni takde gambar! 😂)
17/01/2022
Selain daripada selamat, kajian** mendapati mereka yang pakai helmet menikmati kesan sampingan, seperti nampak 5x ganda lebih pintar, malahan lebih kacak berbanding mereka yang tak pakai helmet
Jadi, pakai la helmet tu walaupun janggal sekali
**Nota kaki: kajian tidak rasmi papan kekunci Google
Video pendek, namun cukup untuk kita buat analisa mengenai kelalaian rider tersebut bagi mengelak kesalahan berlaku pada masa akan datang.
1. Dapat dilihat rider ‘tarik nyawa’ sebentar di bawah pokok kerana penat climbing sebelum tu
2. Di permulaan video, beliau menyambung kayuhan, namun tanpa melihat kanan dan kiri, lantas mengabaikan kehadiran kereta perakam video ni yang mengambil jalan yang dihalang oleh rider.
3. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada rider sekiranya kereta perakam lalai dan alpa.
4. Moving forward, rider sebelum menyambung kayuhan, lihat kiri dan kanan supaya alert kehadiran kenderaan lain dan sumber bahaya. Setelah selamat, baru sambung kayuhan.
Kayuh selamat untuk semua!
Nota kaki: Perakam juga seorang rider dan sudah alert mengenai kesilapan selalu dibuat oleh newbie ataupun pandemic rider sebegini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bangi
Bangi
43650