JomCheck
AI workshop but make it actually fun 😮💨✨
Big shoutout to the students from Universiti Malaya for bringing the vibes and the brains 🧠⚡
14/05/2026
MESEJ WHATSAPP MENGENAI PENEMUAN KANAK-KANAK ISRAEL DI THAILAND ADALAH BENAR
Tular di aplikasi WhatsApp satu mesej mendakwa pihak berkuasa Thailand menemukan 89 kanak-kanak warga Israel dalam satu serbuan Koh Phangan.
Tangkap layar mesej tersebut turut memaparkan laporan bertarikh 7 Mei 2026.
Susulan penularan itu, timbul persoalan dalam kalangan orang ramai sama ada dakwaan tersebut benar ataupun sekadar kandungan palsu yang disebarkan di media sosial.
STATUS: BENAR
PENJELASAN: Mesej tular itu merujuk kepada laporan berita tentang serbuan pihak berkuasa terhadap sekolah antarabangsa yang beroperasi secara tidak sah. Kejadian ini turut dilaporkan oleh media tempatan, Sinar Harian.
05/05/2026
DAKWAAN HARGA PETROL & DIESEL NAIK MENDADAK GUNA LOGO BULETIN TV3 ADALAH PALSU
Tular di media sosial poster mendakwa kenaikan mendadak harga petrol dan diesel di Malaysia yang kononnya berkuat kuasa 1 April.
Poster tersebut menggunakan logo serta identiti visual Buletin TV3, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Antara kandungan yang dipaparkan termasuk:
RON95 meningkat kepada RM5.87
RON97 meningkat kepada RM8.15
Diesel Semenanjung meningkat kepada RM8.52
Ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai kesahihan maklumat tersebut.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Poster yang tular adalah palsu dan tidak pernah diterbitkan Buletin TV3.
Gen Z energy + Ai synergy 🔥 Taylor’s Uni memang vibe teroks 🫶🏼
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pusat Kajian Media & Komunikasi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM
Bangi
43600