Ismaweb

Ismaweb

Share

13/02/2025

Salam Nisfu Syaaban 1446 Hijrah

Selamat menunaikan ibadah & menghidupkan Malam Nisfu Syaaban kepada semua umat islam.

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

13/02/2025

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh beberapa hari lalu.

"Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga tidak akan diambil tindakan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

12/02/2025

Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan tunai menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) setiap bulan.

Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkata, pendekatan sedemikian lebih berkesan dalam membendung ketirisan yang dilaporkan masih dan terus berlaku, biarpun pelbagai pemantauan dan tindakan sudah diambil penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Kerajaan wajar mengkaji pemberian subsidi minyak masak dan memberikan bayaran bersasar menerusi bentuk tunai. Ini cara lebih baik dengan penjimatan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
https://t.me/ismaweb
https://www.tiktok.com/.my

Want your business to be the top-listed Media Company in Bangi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Bandar Baru Bangi
Bangi
43650