SMK JALAN EMPAT RASMI
12/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puteri Nurul Iman binti Masuron @ Nasron atas kejayaan meraih Naib Johan Tahfiz (Perempuan) dalam Majlis Khatam dan Hafazan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQKSS) Negeri Selangor 2026. ๐๐โจ
Kejayaan ini amat membanggakan warga sekolah dan menjadi bukti kesungguhan, disiplin serta kecintaan terhadap Al-Quran. Semoga terus cemerlang dan istiqamah dalam menuntut ilmu serta mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang. ๐คฒ๐
Syabas dan tahniah! ๐
12/05/2026
Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Aโqil atas kejayaan cemerlang menjuarai acara Catur Individu Lelaki Bawah 15 Tahun serta membantu pasukan meraih kejuaraan Berkumpulan Lelaki Bawah 15 Tahun dalam Kejohanan Catur MSS Selangor 2026. ๐๐
Lebih membanggakan, beliau turut berjaya melayakkan diri mewakili negeri Selangor ke Kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Miri, Sarawak pada 6 hingga 12 Jun 2026. โ๏ธโจ
Tahniah juga kepada kontinjen Daerah Hulu Langat yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Catur Peringkat Negeri Selangor 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. ๐ช๐
09/05/2026
9.5.2026 | Sabtu | Karnival Sinergi 2026
Alhamdulillah, Program Karnival Sinergi Gemilang 2026 telah berlangsung dengan jayanya. โจ
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, para guru, ibu bapa, murid, agensi luar serta komuniti yang telah bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan sokongan sepanjang program berlangsung. ๐ค
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan sekolah dan komuniti demi kecemerlangan bersama. Semoga semangat kerjasama dan ukhwah ini terus mekar pada masa akan datang. ๐
Buku Program : https://online.anyflip.com/vzuas/bage/mobile/index.html
Photo : https://photos.app.goo.gl/ipjuN6QKC1EDHhgV9
9 Mei 2026 | Karnival Sinergi Gemilang ยท May 3 โ 8 ๐ธ Shared album ยท Tap to view!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Address
Bangi
43650
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 17:00 |
| Tuesday | 07:00 - 17:00 |
| Wednesday | 07:00 - 17:00 |
| Thursday | 07:00 - 17:00 |
| Friday | 07:00 - 17:00 |