Educare4u
26/12/2022
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Oleh sebab itu setiap kerja kebaikan oleh hambaNya dibalas 10 atau lebih gandaan pahala. Manakala setiap kerja kejahatan dibalas 1 dosa sahaja.
Itu pun tak ramai yang ambil peluang buat kerja kebaikan. Renung-renunglah wahai hamba Allah.
29/08/2021
MAKSUD JADILAH SEORANG PAKAR (BE A PROFESSIONAL)
🔰Iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam dalam bidang yang diceburi
🔰MENGAPA IA PENTING ?
Kerana kalau bekerja makan gaji, majikan sanggup membayar gaji yang tinggi atau menaikkan pangkat bagi seorang pakar kerana kepakaran merupakan salah satu faktor kejayaan sesebuah syarikat;
Kalau bekerja sendiri juga sama, kepakaran boleh menarik pelanggan, meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
🔰CARA
Mempunyai tekad untuk menjadi seorang pakar. Lebih mudah mencapai kecermelangan atau menjadi seorang pakar dalam bidang yang ia mempunyai bakat semula jadi dan minat dalam bidang berkenaan;
Jadikan belajar sebagai gaya hidup - sentiasa review dan tambahkan kemahiran diri;
Terus membaca dan membuat penyelidikan mengenai bidang berkenaan;
Menguasai undang-undang, peraturan dan pekeliling yang berkaitan dengan bidang berkenaan;
Menghadiri kursus atau seminar mengenai bidang berkenaan;
Terus mengikuti perkembangan bidang berkenaan; dan
Melibatkan diri dalam kerja-kerja dalam bidang berkenaan dengan penuh semangat.
NOTA: Jika berminat dan dirasakan bermanfaat sila share dan LIKE Page Educare4u
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Lot 122, Jalan Iman 1
Bandar
43100