Yayasan ABADA Page Rasmi

Yayasan ABADA Page Rasmi

Share

Photos from Yayasan ABADA Page Rasmi's post 09/03/2017

INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA)
No. Pendaftaran : MAIK 3/2002
Lot 2853, Kompleks Pendidikan Islam, Parit Panjang,
09200 Kupang, Baling, KEDAH DARUL AMAN.
No. Tel : 04-4761744 HP:0194791744
Web: www.tahfizabada.com email : [email protected]

RAYUAN SUMBANGAN AMAL JARIAH DAN WAKAF

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sumbangan wakaf diperlukan untuk menyiapkan sebuah Dewan Tarbiyyah Fi Rihabil Quran yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM580,000.00. Pihak kami masih memerlukan sebanyak RM 250,000.00 lagi untuk menyiapkan pembinaan dewan tersebut. (rujuk gambar yang disertakan bersama)

Pihak Abada juga memerlukan sumbangan dalam bentuk Amal Jariah/Bantuan Zakat bagi membantu kami mengurangkan beban Kos Operasi bulanan seperti untuk keperluan elaun guru dan pelajar-pelajar anak yatim dan miskin (diberi pengajian percuma) dan kos makan/minum serta lain-lain keperluan yang telah mencecah RM 50,000.00 sebulan (RM 600,000.00 setahun).

Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan atas dasar Pendidikan dan kebajikan, kami amat memerlukan sokongan dan bantuan berterusan daripada Ahli Tabarru’ dan para dermawan budiman masyarakat prihatin untuk kita sama-sama berjuang Infaq Fi Sabilillah, tolong-menolong atas dasar kebajikan.

Setiap Harta kita yang didermakan atau diwakafkan adalah menjadi harta kita (bekalan) di Akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat: 92:
Mafhumnya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (wakaf) harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”

Skim amal jariah dan wakaf yang disediakan:
- Skim Wakaf Pembangunan Dewan Tarbiyyah Fi Rihabil Quran
- Skim Bantuan Zakat Pendapatan/Harta/Perniagaan/Simpanan dan sebagainya.
- Skim Amal Jariah membantu pengurusan operasi
- Skim Amal Jariah membantu Anak Yatim/Miskin
- Skim Amal Jariah membantu elaun Guru Tahfiz & Pendidikan Islam
- Skim Tilawah Al-Quran bulan Ramadhan
- Wang Faedah (untuk kegunaan awam seperti membaiki tandas, bilik air, pagar, jalan dan lain-lain)

Kami juga mempunyai Resit Potongan Cukai Pendapatan LHDN, kepada yang berhajat sila maklum.

Sumbangan boleh diberi melalui CEK/WANG POS/KIRIMAN WANG dan hendaklah ditulis atas nama INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM DAN TAHFIZ AL-QURAN (ABADA) dengan jelas.

Atau dimasukan (bank in/transfer online) terus ke dalam akaun di bawah ini:
1. MAYBANK ISLAMIC No. Akaun : 552059699076
2. Bank Islam Malaysia Berhad No. Akaun : 02048010054647

Sila layari www.tahfizabada.com untuk maklumat lanjut, isi borang online dan perkembangan terkini Abada.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Mohd Zia Ulhadk bin Idris di talian 019-4791744 (call & whatapps)

Want your school to be the top-listed School/college in Baling?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Yayasan Abada
Baling
09200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00