JRKV PBU
27/05/2026
๐โจ SALAM AIDILADHA 1445H โจ๐
Ada yang sibuk โroad tripโ,
ada yang sibuk kejar pahala ๐๐๐๐ช
Di sebalik senyuman dan gurauan Hari Raya Korban, semoga kita semua terus belajar tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. ๐ค
Daripada kami di
๐จ Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV)
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga politeknik, pelajar, alumni dan rakan industri.
Semoga setiap pengorbanan kecil mahupun besar dipandang mulia di sisi-Nya.
๐ โPengorbanan diterima, pahala berganda, hati tenang selamanya.โ
15/05/2026
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua panel penilai jemputan daripada institusi akademik, wakil industri, pemerhati program serta penasihat akademik yang sudi meluangkan masa menghadiri EVOLVE 2.0 โ Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Seri Nirai, PBU.
Kehadiran serta kesudian para panel dalam memberikan penilaian profesional, pandangan bernas, kritikan membina serta perkongsian pengalaman industri amat bermakna dalam memperkukuhkan pendedahan pelajar kepada suasana sebenar penilaian akhir projek profesional, selaras dengan kehendak dunia akademik, industri kreatif dan keperluan semasa.
Program ini bukan sekadar platform penilaian, malah menjadi medan pembelajaran yang amat berharga buat para pelajar untuk memahami bahawa setiap idea kreatif perlu melalui proses semakan, penambahbaikan, komunikasi visual yang efektif serta ketahanan profesional dalam menerima maklum balas secara konstruktif.
Sekalung penghargaan kepada panel yang dihormati:
๐น Ts. Ahmad Sofiyuddin bin Mohd Shuib
(Penasihat Akademik | Pensyarah UiTM | Bidang Grafik)
๐น Nordashima Binti Md. Suib
(Pensyarah IKM SP, TVET MARA | Bidang Digital Advertising)
๐น Norzaiddy Bin Zainon
(Pensyarah IKM SP, TVET MARA | Bidang Digital Advertising)
๐น Faizal Ashraf Bin Ali
(Pereka / USM | Bidang Identiti Korporat, Grafik Komunikasi & Penerbitan)
๐น Ts. Hafeezur Rahmaan bin Mohd Yassin
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Rekabentuk Produk)
๐น Noor Azlina Mohamed Khalid
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Rekabentuk Produk)
๐น Dr. Julina Ismail @ Kamal
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Reka Bentuk Teknologi Media Baru, Grafik & Komunikasi Visual)
๐น Dr. Zuriawati Ahmad Zahari
(Pensyarah USM | Bidang Reka Bentuk Teknologi Media Baru, Grafik & Komunikasi Visual)
๐น Badrul Nizam bin Shamsudin
Senior PreMedia Artist, SGK INTERNATIONAL Global Packaging & Brand | Wakil Industri โ Packaging Expert)
๐น Mohd Nazar bin Yamat
(Pengarah Kreatif, Kaxprint | Wakil Industri โ Printing & Creative Production)
๐น Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah
(Taylorโs University | Pemerhati Program | Penasihat Industri JRKV PBU di bawah Pereka Malaysia)
Semoga hubungan profesional yang terjalin melalui program ini menjadi jambatan kolaborasi akademik dan industri yang lebih kukuh, berterusan dan berimpak tinggi dalam pembangunan bakat kreatif generasi pereka masa hadapan.
Terima kasih kerana sudi bersama-sama membimbing, menilai, berkongsi kepakaran dan menginspirasikan para pelajar dalam perjalanan profesional mereka.
EVOLVE 2.0 bukan sekadar penilaian, ia adalah ruang pembentukan minda, bakat dan masa depan pereka muda.
15/05/2026
Sate dibakar tepi pekan,
Asap naik harum terasa,
EVOLVE jadi pentas harapan,
Bakat muda terus bersinar berjasa.
Dengan berakhirnya ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, maka melabuh tirailah perjalanan penuh cabaran, idea dan kreativiti buat seluruh pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Balik Pulau.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mempersembahkan hasil kerja akhir terbaik sepanjang semester ini. Setiap projek yang dipamerkan menjadi simbol usaha, komitmen serta perkembangan bakat dalam membentuk identiti sebagai pereka kreatif masa hadapan.
Sebagai penutup kepada sesi penilaian kali ini, program ๐๐ฉ๐ข๐๐ฉ๐ ๐ฎ.๐ฌ: ๐๐ฅ๐ข๐ ๐๐๐ฅ๐ข ๐ง๐ข ๐ญ๐๐ฅ๐ข tampil menjadi kemuncak pameran kreatif pelajar Semester 3 (Evolve 2.0) dan Semester 2 (Rendering Technique). Bertempat di Dewan Sri Nirai, program ini menghimpunkan pelbagai karya dan idea segar yang dinilai oleh panel jemputan daripada IPTA serta rakan industri. EVOLVE 2.0 bukan sekadar pameran akhir semester, tetapi sebuah platform untuk pelajar mengetengahkan identiti, keberanian bereksperimen dan potensi sebenar dalam dunia industri kreatif.
Semoga segala pengalaman, teguran dan pencapaian sepanjang perjalanan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkembang dan melangkah lebih jauh selepas ini. Terus berkarya, terus berevolusi dan terus mencipta masa depan anda sendiri. โจ
10/05/2026
KURSUS KECERGASAN BUATAN AI
โBoom Your TVC with AIโ telah berjaya dilaksanakan khusus kepada para pelajar Semester 3, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) pada 8 Mei 2026 (Jumaat) bertempat di lab HM1, Politeknik Balik Pulau.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi AI dalam penghasilan TVC, kandungan kreatif serta penerokaan idea dan teknik baharu dalam bidang reka bentuk dan media digital.
Terima kasih kepada semua penceramah, urus setia serta para pelajar yang memberikan komitmen dan penglibatan sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam penghasilan karya yang lebih kreatif, inovatif dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
07/05/2026
Slot Kreatif Khas bersama pelajar Grafik JRKV PBU
Eksklusif bersama:
๐จ๐ปโ๐ซ Ts. Adilreza
๐จ๐ปโ๐ซ Encik Shaziffy
๐จ๐ปโ๐ซ Encik Fakhruddin
Terokai dunia Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan konten kreatif, visual design dan TVC masa kini! ๐ก๐ฑ๐ฌ
๐ฅ KURSUS KECERDASAN BUATAN (AI)
๐ฃ๏ธ โBoom your TVC with AIโ
๐
Tarikh: 8 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ 12.00 tengah hari
๐ Tempat: Hypermedia Lab 1, Politeknik Balik Pulau
Jangan lepaskan peluang untuk belajar teknik konten kreatif AI, visual hype design dan trend digital terkini bersama tenaga pengajar berpengalaman!
โ
05/05/2026
Penilaian Akhir Semester Sesi 2 2025/2026 kini sedang berlangsung bermula 24 April hingga 14 Mei 2026 bertempat di Politeknik Balik Pulau.
Penilaian ini dilaksanakan bagi menilai hasil kerja akhir pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual yang merangkumi keseluruhan proses pembangunan idea, eksplorasi konsep, kemahiran teknikal serta kualiti persembahan projek. Ia juga menjadi platform untuk menilai tahap penguasaan pelajar terhadap ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang semester.
Setiap hasil kerja yang dipamerkan mencerminkan usaha, kreativiti serta komitmen pelajar dalam menghasilkan projek akhir yang berkualiti dan berdaya saing.
Semoga semua pelajar berjaya mempamerkan hasil terbaik dan terus melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang kreatif.
30/04/2026
INI MASANYA!
Lakukan Yang Terbaik.
Seluruh warga Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar Diploma Rekabentuk Grafik yang sedang menjalani Minggu Penilaian Akhir Semester Sesi 2: 2025/2026.
Setiap usaha, idea, dan kreativiti yang anda curahkan adalah cerminan siapa anda sebagai seorang designer.
Percaya pada proses, yakin dengan hasil, dan berani tampilkan yang terbaik.
Kami, barisan pensyarah, sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.
Buktikan potensi, cipta impak.
Strive for the best. Make it count.
23/04/2026
๐ SEMAKAN SESI SARINGAN PROGRAM BERTEMUDUGA SESI I 2026/2027
Adakah anda salah seorang calon yang memohon program bertemuduga di Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC)?
Inilah masanya untuk anda melangkah ke fasa seterusnya! ๐
๐ข Semakan panggilan temu duga kini boleh dibuat mulai:
๐ 20 April 2026 (Isnin)
โฐ Selepas jam 5.00 petang
๐ Layari sekarang:
https://ambilan.mypolycc.edu.my
โจ Antara program bertemuduga yang ditawarkan:
๐จ Reka Bentuk Grafik, Industri & Fesyen
๐ฌ Animasi 2D & 3D
๐ข Multimedia Kreatif Pengiklanan
๐ Architectural Technology
๐ฎ Games Art Technology
๐ณ Seni Kulinari
๐โโ๏ธ Dandanan Rambut
๐ข Kejuruteraan Perkapalan
๐ Rail Signalling & Communication Technology
โฆdan banyak lagi!
๐ก Tips penting untuk calon:
โ Semak panggilan temu duga anda seawal mungkin
โ Pastikan dokumen & portfolio (jika berkaitan) telah disediakan
โ Bersedia dari segi penampilan dan keyakinan diri
โ Tunjukkan minat dan potensi sebenar anda semasa sesi temuduga
๐ฅ Ini peluang anda untuk buktikan kemampuan dan minat dalam bidang pilihan!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga POLYCC yang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
22/04/2026
Di sebalik setiap senyuman, ada cerita usaha, pengorbanan dan konsistensi yang akhirnya membuahkan hasil.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Ketua Jabatan atas pencapaian yang membanggakan. Anda semua telah membuktikan bahawa disiplin dan komitmen mampu membawa ke tahap kecemerlangan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, mencipta lebih banyak pencapaian dan menginspirasi rakan-rakan yang lain.
22/04/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Telephone
Address
Jalan Pinang Nirai, Mukim E
Balik Pulau
01000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |