SMA Hj. Muhamad - SMAHMU
20/01/2026
Minggu Orientasi Asrama telah berjaya dilaksanakan dan diselesaikan sepenuhnya selama tiga hari bermula dari 16 - 18 Januari 2026 (Jumaat-Ahad). Program ini telah dirancang khusus untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenai kehidupan berasrama, termasuk peraturan, disiplin, jadual harian serta kemudahan yang disediakan di asrama.
Selain itu, program ini bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, membina keyakinan diri, memupuk sikap berdikari serta membentuk sahsiah dan jati diri yang positif. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, warden dan pihak pengurusan asrama, di samping mewujudkan semangat kerjasama, toleransi dan kekeluargaan dalam kalangan warga asrama. Secara keseluruhannya, Minggu Orientasi Asrama ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak yang baik kepada para pelajar.
03/11/2025
Doakan calon SPM SMAHMU dipermudahkan dan diterangkan Hati mereka dalam menjawab ujian lisan Bahasa Melayu dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bahau
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |