SUARA Rakyat Marhaen

SUARA Rakyat Marhaen

Share

12/09/2023

PENAHANAN SEORANG LELAKI DIPERCAYAI WARGANEGARA MALAYSIA DI OSLO, NORWAY

Seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun telah ditahan di Norway kerana disyaki melkaukan kerja mengintip. Suspek itu didakwa melakukan aktiviti risikan isyarat termasuk menyadap wayar berhampiran lokasi sensitif kerajaan.

Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) berkata, suspek telah ditahan pada hari Jumaat selepas bukti didapati bahawa dia telah mengawasi Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri, dan Kementerian Pertahanan.

Suspek merupakan pelajar tidak berdaftar di sebuah institusi pendidikan Norway dan hanya berada di negara itu untuk tempoh yang singkat. Dia kini ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama dalam kurungan bersendirian.

PST berkata, suspek menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh memudaratkan kepentingan asas negara.

PST masih di peringkat awal siasatan dan tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain yang terlibat dalam kes itu.

Peguam suspek, Aase Karin Sigmond berkata, anak guamnya menafikan dakwaan itu dan berada dalam “keadaan teruk” berikutan penahanannya.

Penahanan pelajar Malaysia itu merupakan perkembangan serius dan menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan kemudahan sensitif kerajaan Norway. PST berkemungkinan akan meneruskan siasatannya untuk beberapa lama dan berkemungkinan lebih banyak pertuduhan akan difailkan terhadap suspek.

Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN - Ikmal Hisham | Berita Harian 18/11/2022

Dah habis modal ke sampai buat macam ni. Banyak lagi menteri lain yg kerja kat kementerian. Takde la sampai keluar kenyataan mcm ni

---------------------------------------------

Saya tidak terkejut dengan kenyataan bekas Timbalan MENHAN, yang juga calon BERSATU Parlimen Tanah Merah semalam mengenai satu kenyataan ‘Risikan Tentera Lapor Kedudukan PN Menaik, Mampu Atasi BN’.

Sebagai orang yang paling rapat dengan beliau ketika ini dengan pelbagai aktiviti kempen di seluruh negara, dia tidak harus mengeluarkan kenyataan tersebut yang hanya mencerminkan pemimpin yang ‘bangkrup idea’, gelojoh dan gelabah.

Tindakan mengaitkan ‘risikan tentera’ adalah tidak BENAR sama sekali dan merupakan satu tindakan yang cukup terdesak dalam menghadapi PRU15 ini. Dia sebenarnya menerima tekanan yang dashyat kerana tidak mendapat sokongan penyokong sendiri selepas jutaan ringgit telah dihabiskan.

Sedih kerana dia sanggup menggunakan ‘risikan tentera’ bagi kepentingan peribadi. Sebagai seorang bekas Timbalan MENHAN sepatutnya menjaga kehormatan, akauntabiliti dan integriti ATM. Harap rakyat maklum dan tidak terpengaruh dengan kenyataan tersebut.

Jentera PN,
TANAH MERAH

Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN - Ikmal Hisham | Berita Harian MACHANG: Kedudukan Perikatan Nasional (PN) kini dalam trend menaik dan dijangka mampu memenangi kerusi untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

15/11/2022

Lepas dapat bentuk kerajaan, PH desak nak buang orang. Memang gila kuasa betul

Want your business to be the top-listed Media Company in Ayer Kuning?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Ayer Kuning