Tips Sihat

Tips Sihat

Share

05/04/2021

Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan namun ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.

Jangan p**a duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.

29/03/2021

Terkejut melihat gambar perkahwinan baru baru ini yang bergambar mesra sehingga berpelukan. Nak kata duduk serumah memang tidak mungkinlah.

Itu adalah contoh bagaimana kesukaran untuk mengawal SOP semasa majlis sosial seperti perkahwinan.

Ingat, kita masih di tempoh pandemik... 🙏🏻

* jangan lupa mendaftar untuk vaksinasi.

27/03/2021

"Akibat tidak tekan luka, udara masuk ke dalam salur darah dan naik ke atas otak."

Seorang remaja telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Beliau hanya cedera dekat satu tempat sahaja, iaitu di bahagian leher.

Mangsa masih lagi sedar sewaktu itu. Beliau boleh bangun, berjalan, dan duduk di tepi bahu jalan.

Pendarahan masih berlaku, tapi tekanan tidak diberikan di luka tersebut. Beliau pengsan selang beberapa minit selepas duduk.

Luka tersebut sebenarnya agak dalam. Yang telah memotong bahagian salur darah vena. Sewaktu duduk, udara dari luar masuk ke dalam salur darah vena dan naik ke atas otak (secara berlawan arus) disebabkan udara lebih ringan berbanding darah.

Gambar yang ditunjukkan ini adalah sebahagian gambar otak yang menunjukkan gelembung udara di dalam salur darah. Ianya dipanggil embolisme udara. Ianya menyebabkan strok dan seterusnya menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

Jika anda berhadapan dengan situasi ini, pastikan anda menekan bahagian luka tersebut. InsyaAllah dengan kaedah ini si mangsa boleh diselamatkan.

Kredit
Ashraf Ibrahim.

25/03/2021

Perbezaan antara kontak rapat
dengan kontak kasual.

24/03/2021

6 kematian warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia; 1,244.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

17/03/2021

Sakit gigi kerana karies gigi tapi tak tahu bagaimana ia terjadi?

Rujuk infografik Program Kesihatan Pergigian KKM bagi melihat proses kejadian karies gigi.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450