PAS Ampang
07/07/2026
Tahukah kamu, terdapat 3 peperangan Rasulullah yang disebut khusus namanya didalam Al-Quran. Peperangan itu ialah Badar, Hunain dan Ahzab.
Menariknya, ketiga-tiga peperangan ini menggambarkan tiga keadaan yang sentiasa berulang dalam perjuangan.
Pertama, ketika kita sedikit dan dipandang lemah.
Allah mengingatkan kita tentang Badar.
"Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu ketika itu dalam keadaan lemah..."
(Ali 'Imran: 123)
313 orang berdepan hampir 1,000 tentera Quraisy.
Secara logik, mereka hampir tiada peluang hidup, apatah lagi menang. Namun Allah mahu mengajar satu perkara. Kemenangan tidak diukur dengan angka.
Kalau Allah menghendaki, yang sedikit mampu mengalahkan yang ramai.
Kedua, ketika kita mula merasakan kita sudah cukup kuat, lalu peperangan Hunain menjadi iktibar.
Selepas pembukaan Mekah, umat Islam memiliki sekitar 12,000 tentera. Belum pernah mereka mempunyai kekuatan sebesar itu.
Namun pada saat hati mula bergantung kepada bilangan, Allah mengajar bahawa jumlah yang ramai tidak pernah menjamin kemenangan.
"...Pada hari Hunain, jumlah kamu yang ramai itu membuatkan kamu berasa bangga, tetapi ia tidak memberi manfaat sedikit pun kepada kamu..."
(At-Taubah: 25)
Ramai bukan lesen untuk menang.
Dan ketiga, ketika seluruh kekuatan musuh bersepakat menentang kita, peperangan Ahzab p**a menjadi panduan.
"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika datang kepada kamu tentera-tentera, lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya..."
(Al-Ahzab: 9)
Musuh datang dari semua arah. Madinah dikepung. Bekalan makanan semakin berkurangan dan orang yang hatinya berpenyakit iaitu munafik mula menyebarkan ketakutan dan kekeliruan.
Rasulullah ﷺ tidak berputus asa. Baginda merancang. Baginda bermesyuarat. Dan kaum muslimin membulatkan tekad, patuh pada keputusan (menggali parit).
Dan mereka menyerahkan hasilnya kepada Allah. Lalu Allah menunjukkan pertolongan-Nya (tidak disangka).
Lihatlah bagaimana Allah mendidik kita.
Badar berkata: Bilangan bukan penentu.
Hunain berkata: Jangan sombong kerana kita ramai.
Ahzab berkata: Taat pada keputusan, berusaha, Allah menentukan kemenagan.
Hari ini kita sedang menuju medan Pilihan Raya Negeri.
Buat seluruh jentera PAS dan Perikatan Nasional, janganlah kita terlalu gelisah dengan kekuatan lawan. Pada masa yang sama, jangan p**a kita lalai jika melihat sokongan yang semakin baik.
Teruskan bekerja. Teruskan mengetuk setiap pintu. Teruskan menyantuni setiap hati. Perbanyakkan doa, munajat dan istighfar.
Kerana kita belajar daripada Badar bahawa kemenangan bukan milik yang ramai.
Kita belajar daripada Hunain bahawa kemenangan juga bukan milik yang kuat.
Dan kita belajar daripada Ahzab bahawa Allah mampu mengubah keadaan pada saat manusia merasakan segala-galanya telah tertutup.
Buat seluruh rakyat yang bakal mengundi, pilihlah dengan hati yang jujur dan akal yang waras. Undi bukan sekadar memilih wakil untuk 5 hari. Undi adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT.
Semoga Allah mengurniakan kepada negeri kita pemimpin yang amanah, adil, takut kepada Allah dan benar-benar berkhidmat untuk rakyat.
"Dan kemenangan itu hanyalah daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah Ali 'Imran: 126)
Selamat Mengundi
Ustaz Abu Soleh Zainudin
TYDP PAS Kawasan Ampang
06/07/2026
PAS Kawasan Ampang menghantar petugas untuk membantu calon Perikatan Nasional N15 Maharani iaitu Ustaz Anuar Hayan. Kepada Warga Johor DUN N15 Maharani, berikan undi anda kepada Calon 01 Anuar Hayan Perikatan Nasional. Jom Jaga Johor!
Maharani N15, Calon no 1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
47, Jalan DaGang 8, Taman Dagang Jaya
Ampang
68000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |