Red Bubbles
27/03/2025
Kita masih berusaha bagi menyampaikan duit Raya kepada anak-anak yang menghidap penyakit serius dan kritikal di 4 buah hospital berikut:
1. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
2. Hospital Pakar Kanak-kanak UKM Cheras.
3. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
4. Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Di hospital-hospital inilah pasukan clown doctors Red Bubbles bertugas bagi menghibur anak-anak ini pada setiap minggu dan juga bulanan.
Hari Raya ini ramai antara mereka yang terpaksa beraya di wad.
Mudah-mudahan dengan kiriman duit raya kita ini, mereka akan ceria dan gembira ketika menjalani rawatan kanser, dialisis dan sebagainya.
Insya Allah, kami akan menyampaikan kiriman duit raya kepada anak-anak yang sedang berjuang untuk sembuh ini pada sepanjang bulan Syawal kelak.
Sekiranya ada sahabat-sahabat yang ingin mengirim duit raya seikhlas hati kepada mereka, berikut disertakan akaun dan kod QR untuk tujuan sumbangan.
Mohon maklumkan kepada kami selepas itu melalui WA: 0192665157 atau emel: [email protected].
Terima kasih didahulukan atas sumbangan daripada kawan-kawan semua. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki kalian. Amin.
31/01/2025
Alhamdulillah pasukan basikal Red Bubbles selamat sampai di Kuala Terengganu dari Jertih, jam 5.00 petang semalam.
Buktinya mereka sempat berkayuh lintas hormat di Jambatan Angkat yang terkenal itu. Haha.
Semalam cuaca panas di luar tidak begitu terik.
Tapi sangkaan saya yang memandu dalam kereta berhawa dingin ketika mengekori mereka ini nyata meleset.
Rupa-rupanya berkayuh di pesisir pantai yang kurang berpokok ini lagi kuat bahang panasnya.
Warung cendol atau stesen petrol di sepanjang jalan untuk berhenti rehat p**a susah nak jumpa.
Lalu tubuh badan lagi mudah kekurangan air (dehydrated).
Petang semalam sewaktu makan malam, salah seorang peserta kayuhan amal Red Nose Ride ada tanda-tanda dehydrated sebegitu.
Mujurlah dalam pasukan kami ada seorang doktor ikut sama. Terus dapat rawatan segera.
Syukur Alhamdulillah dana yang terkumpul melalui kayuhan amal Red Nose Ride kini sudah mencapai RM3283.45.
Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang telah pun menyumbang seikhlas hati kepada usaha Red Bubbles menggembirakan pesakit kanak-kanak di hospital.
Moga dimurah rezeki semuanya oleh Allah SWT. Amin.
Jika ada kawan-kawan yang ingin menyumbang, maklumat lanjut ada di ruang komen. Terima kasih.
Hari ini kami akan berkayuh ke garisan penamat Red Nose Ride di Dungun.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
190A, Lorong Kempas 2, Kg. Melayu Ampang Tambahan
Ampang
68000