Rahmah Support Team -RST
07/07/2026
Amir penat.
Badan dia letih.
Mata berat.
Tenaga dah habis.
Tapi bila dia cuba tidur,
otak dia tak berhenti.
Fikiran bergerak laju.
Dari satu topik ke satu topik lain.
Tentang kerja.
Tentang masa depan.
Tentang benda yang dia sendiri tak pasti kenapa dia fikirkan.
Dia cuba scroll telefon,
harap boleh alihkan perhatian.
Tapi lepas skrin dimatikan,
semua itu datang semula.
Amir sedar penat fizikal tak semestinya bermaksud kita boleh rehat.
Kadang yang lebih penat itu…
fikiran yang tak pernah berhenti.
23/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Akmariah Abdullah atas pelantikan sebagai Pengerusi Rahmah Support Team (RST) sesi 2026–2028.
Semoga diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan kelancaran dalam memimpin organisasi ke arah yang lebih cemerlang dan berimpak. Selamat menjalankan amanah!
23/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Fatin Nur Majdina Nordin atas khidmat bakti serta kepimpinan yang telah dicurahkan sebagai Pengerusi Rahmah Support Team (RST) bagi sesi 2019–2026.
Semoga segala jasa dan usaha yang telah diberikan menjadi amal yang berpanjangan serta terus diberkati. Terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi.
23/06/2026
KENYATAAN MEDIA
RAHMAH SUPPORT TEAM (RST)
Beban Ekonomi Kesihatan Mental Dijangka Cecah RM25.3 Bilion Menjelang 2030: Tindakan Segera Perlu Diperkukuh
22 Jun 2026
Mesyuarat Agung Dwitahunan Rahmah Support Team 2026-2028
Kesihatan mental yang baik adalah asas kehidupan yang sejahtera.
19/06/2026
17 Jun 2026
Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Mesyuarat Agung Dwitahunan Rahmah Support Team (RST) bagi sesi 2026–2028, yang menghimpunkan ahli-ahli bagi membentangkan laporan aktiviti, laporan kewangan serta membincangkan hala tuju organisasi untuk tempoh dua tahun akan datang.
Seterusnya, ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Rahmah Support Team, Puan Nor Akmariah Abdullah, yang menekankan kepentingan memperkukuh gerakan kesihatan mental berasaskan komuniti melalui pembangunan sukarelawan, kerjasama strategik dan pengukuhan kapasiti organisasi. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli dan sukarelawan yang terus komited dalam memastikan RST kekal relevan serta memberi impak kepada masyarakat.
Program diteruskan dengan Sidang Meja Bulat bertajuk “Kesihatan Mental dan Daya Tahan Spiritual: Menangani Isu Semasa, Meneroka Penyelesaian Inovatif dan Hala Tuju Masa Hadapan” yang dibentangkan oleh Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS UPM. Perbincangan memberi fokus kepada cabaran semasa kesihatan mental, peranan daya tahan spiritual serta kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam memperkukuh kesejahteraan individu dan komuniti.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih berkesan dalam memperjuangkan agenda kesihatan mental dan kesejahteraan masyarakat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Address
134, Jalan Merbau, Kampung Melayu
Ampang
51300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |