Pakar Refinance Property Anda
Buat refinance rumah settle hutang hutang jahat contoh hutang personal loan & hutang kad kredit.
-Ramai kawan ingat buat refinance rumah adalah bertambah commitment,sebenarnya bukan!Saya ada ramai kawan kawan minta saya buat refinance rumah dia tujuan adalah tutup hutang jahat. Saya bagi contoh Ali :
🔘Ali ada hutang kad kredit RM20,000 installment sebulan RM1,000
🔘Ali ada hutang personal loan RM40,000 installment RM600
🔘Ali ada sebuah rumah installment RM1,000
-Ali boleh buat refinance rumah dapatkan cash out sebanyak RM60,000. Selepas Ali buat refinance installment rumah akan naik kepada RM1,500. Tapi Ali boleh guna cash out tutup semua hutang personal loan & hutang kad kredit. Jadi Ali cuma perlu commit installment rumah RM1,500 sebulan daripada commitment dulu adalah RM2,600.
===================================
Refinance untuk kurangkan kadar interest, installment rumah akan kurang.
✅Ini adalah bagi kepada sesiapa yang beli rumah buat pinjaman sebelum tahun 2008.Pada masa itu kadar interest 6-7%.
✅Kalau dia buat refinance sekarang boleh dapat offer kadar interest 4%++, installment rumah akan turun, ikut kirran saya Kalau Ahmad buat pinjaman RM200k tahun 2007 kadar interest adalah 7% Ahmad perlu bayar installment adalah RM1,277.
✅Kalau Ahmad buat refinance dapatkan kadar interest 4.3% installement rumah Ahmad akan jadi RM921. Perbezaan installment adalah sebanyak RM356 . Kalau setahun adalah RM4272.kalau pinjaman adalah 30 tahun, total adalah RM128,220.
Selamat belajar
08/03/2020
“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “
🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.
Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
📌MLTT p**a satu “mechanism transfer of risk”
Kenapa saya bilang macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : Rm297000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.
Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!
Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bandar Baru Ampang
Ampang
68000