Vsion Project

Vsion Project

Share

17/11/2025

Making money is a Skill
Maintaining money is a Discipline
multiplying money is an Art

13/11/2025

[Bagaimana nak dapatkan keuntungan dalam trading?]
πŸ”Έ Pelaburan saham melibatkan kebarangkalian. Walau bagus macam mana pun trading setup/strategi/teknik yang digunakan, pelabur masih tetap terdedah dengan risiko kerugian.
πŸ”Έ Disebabkan itu, setiap kali sebelum membeli sesuatu saham, setiap trader perlu bersedia dengan exit plan.
πŸ”Έ Berbanding berapa banyak kali anda untung dan rugi dalam trading, jumlah keuntungan dan kerugian setiap kali trade adalah jauh lebih penting.
πŸ”Έ Fokus setiap tader harus ditumpukan kepada bagaimana untuk meminimakan risiko dan memaksimakan keuntungan sebaik mungkin.
πŸ”Έ Profitable trading is simply being wrong small and right big.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.πŸ˜‰

08/11/2025

[CARA BELAJAR UNTUK JADI TRADER BERJAYA]
🟒 Ikuti langkah-langkah berikut jika anda mahu cepat belajar untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham.
1. Belajar Ilmu Pelaburan Saham.

🟩 Lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan saham sebelum memasuki pasaran. Pelbagaikan sumber pembelajaran.

🟩 Anda boleh belajar dari mentor yang pakar dan berpengalaman, belajar dari buku-buku pelaburan, serta belajar dari video pelaburan yang sumbernya boleh dipercayai.

🟩 Dalami dan kuasai ilmu penting yang boleh membantu anda membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
2. Lihat Cara Trader Berjaya Trade.

🟩 Disinilah pentingnya untuk mempunyai mentor. Anda boleh lihat dan belajar bagaimana cara trader berjaya trade.

🟩 Trader berjaya pasti mempunyai teknik dan strategi tersendiri yang datangnya dari bertahun-tahun pengalaman mereka dalam bidang pelaburan saham.

🟩 Jika anda boleh belajar dan ikut resepi kejayaan mereka, ini akan sangat menjimatkan masa belajar anda. Anda tidak perlu lagi lalui proses try and error seperti yang telah mereka lalui.

🟩 Mentor juga boleh membantu anda mengenalpasti kesilapan yang telah anda lakukan dan tunjukkan cara perbaiki kesilapan tersebut. Proses ini sangat membantu dalam mempercepatkan peningkatkan prestasi trading anda.
3. Praktis Trade.

🟩 Praktis banyak-banyak kali ilmu yang telah anda pelajari. Anda boleh praktis sama ada menggunakan modal yang kecil atau secara paper trade mengikut keselesaan anda.

🟩 Anda perlu kenalpasti trading style dan trading strategi anda sendiri untuk berjaya dalam pelaburan saham. Praktis sehingga anda jumpa rentak anda sendiri.

4. Ulangi langkah 1-3.

🟩 Untuk berjaya mendapat keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi.

🟩 Proses ini mungkin memakan masa bertahun-tahun bergantung kepada sejauh mana komitmen yang anda berikan.
🟒 Perkara terbaik anda boleh lakukan ialah belajar secara berterusan dan fokus untuk menjadi trader yang lebih baik setiap hari.
🟒 Hardwork never betrays. Rezeki pasti ada untuk mereka yang rajin berusaha.
Terima kasih kerana membaca posting ini☺. Jika bermanfaat, SILA tekan butang SHARE.πŸ˜‰

Want your business to be the top-listed Business in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No G12, Jalan DaGang B/3A, Taman Dagang
Ampang
68000