Daily TV

Daily TV

Share

Photos from Daily TV's post 18/09/2025

SERUMPUN: KERETAPI SARONG SUNGAI PETANI 2025

SUNGAI PETANI, 13 September — Acara Keretapi Sarong Sungai Petani 2025 ( ), KOLEKTIF BIGGY - sebuah organisasi yang menganjur dan mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2024 ini telah berjaya dilangsungkan dengan begitu meriah dan berjalan dengan sangat lancar dan teratur.

Bekerjasama dengan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Railway Assets Corporation (RAC) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP), tahun ini turut mendapat sokongan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani dan Tourism Kedah (termasuk di dalam jadual VISIT KEDAH 2025).

Pengarah Program , Azad Ashraf Bin Muhamad Sani berkata, “Pada 13 September, rakyat Malaysia bersama-sama tanpa mengira bangsa Melayu, Cina, India, Siam & lain-lain memulakan acara dalam suasana ‘flash mob’ sambil menikmati pandangan sekitar Sungai Petani, dari KTM SP menuju ke setiap lokasi ikonik sekitar pekan.”

“Tahun pertama kami menerajui acara yang begitu ikonik yang berlangsung di seluruh negara, yang pada mulanya bermula dengan komuniti kecil di Kuala Lumpur, telah dibawa ke seluruh pelusuk negara dari Kedah ke Johor. Pemilihan Sungai Petani sebagai lokasi acara utama adalah disebabkan kedudukan yang strategik menghubungkan negeri utara tanahair yang utama (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang).”

Want your business to be the top-listed Media Company in Ampang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


FM Media Communications
Ampang
68000