OH Ya
03/06/2026
Badan dah sampai office tapi mood masih di kampung ?
Hari pertama masuk kerja selepas cuti panjang memang mencabar.
Buka laptop, tengok email bertimbun.
Fokus baru 5 minit, teringat lagi suasana berkumpul dengan keluarga.
Ada yang masih rasa penat sebab perjalanan jauh, ada yang tidur belum cukup, ada juga yang masih terbayang menu raya semalam.
Sebenarnya, rasa lemau dan kurang bersemangat selepas cuti panjang adalah perkara yang normal.
Otak dan badan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri semula dengan rutin harian.
Jangan paksa diri untuk terus bekerja pada tahap 100% seperti biasa.
✔ Mulakan dengan tugas yang mudah
✔ Kemas semula ruang kerja
✔ Tetapkan sasaran kecil untuk hari pertama
✔ Kurangkan gangguan media sosial
✔ Pastikan badan mendapat rehat dan nutrisi yang mencukupi
✔ Raikan setiap kemajuan walaupun kecil
✔ Hadkan interaksi dengan individu yang sering menguras emosi
Yang penting, jangan terlalu keras terhadap diri sendiri.
Produktiviti bukan tentang siapa yang paling laju kembali bekerja, tetapi siapa yang mampu kembali konsisten sedikit demi sedikit.
25/05/2026
Overthinking.
Jantung laju.
Nafas rasa pendek.
Fikiran bercelaru sampai susah nak tenang.
Kadang-kadang bila stres atau cemas datang, otak kita jadi terlalu ‘sibuk’ sampai badan pun rasa tak selesa.
Salah satu teknik yang sering digunakan untuk bantu tenangkan diri ialah teknik grounding 5-4-3-2-1.
Caranya mudah, sambil anda buat, sambil anda namakan atau sebut benda tersebut.
5 benda yang anda nampak
4 benda yang anda boleh sentuh
3 bunyi yang anda dengar
2 benda yang anda boleh bau
1 benda yang anda boleh rasa
Teknik ini membantu otak kembali fokus pada saat sekarang, bukan tenggelam dalam fikiran yang berserabut.
Nampak simple, tapi ramai rasa lebih tenang selepas cuba teknik ini perlahan-lahan.
Kalau anda sedang penat mental, cuba berhenti sekejap dan beri ruang untuk diri bernafas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Alor Setar
05150