THB Maintenance Sdn. Bhd.
09/05/2026
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 (𝐒𝐎𝐂)
𝐉𝐊𝐑 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟓 - 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭
𝐑𝐨𝐲𝐚𝐥𝐞 𝐂𝐡𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧
𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐊𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬
Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2026 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan sejak 5 Mei 2026, Selasa yang lalu telah melabuhkan tirainya semalam, 8 Mei 2026, Jumaat.
YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar THBM, melalui sesi Taklimat Pempamer, telah turut berkongsi tentang THBM kepada para pengunjung, diikuti dengan slot pop kuiz tentang THBM, yang telah menawarkan pelbagai hadiah yang menarik.
Taklimat Pempamer antara pengisian terakhir segmen pameran sebelum persidangan ini ditutup secara rasminya oleh YBhg. Ketua Pengarah Kerja Raya.
THBM pada kesempatan ini juga ingin merakamkan penghargaan ribuan terima kasih buat semua para pengunjung yang telah berkesempatan singgah di reruai THBM, sepanjang persidangan ini berlangsung.
Tahniah juga buat Tuan Rumah, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan atas kelancaran dan kejayaan penganjuran persidangan pada edisi kali ini.
Moga kita semua dapat bertemu p**a di SOC JKR Malaysia 2027, Negeri Kelantan Darul Naim
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
JKR Negeri Sembilan
JKR Daerah Seremban
06/05/2026
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧 (𝐒𝐎𝐂) 𝐉𝐊𝐑 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝟓 - 𝟖 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐑𝐨𝐲𝐚𝐥𝐞 𝐂𝐡𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧
𝐒𝐞𝐫𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐊𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬
YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada tengahari tadi, 6 Mei 2026, Rabu telah berkesempatan berkunjung ke reruai THB Maintenance Sdn. Bhd.
Beliau membuat kunjungan tersebut usai selesai Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2026 yang diadakan di sebuah hotel dekat sini.
YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim , Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail Ketua Pengarah Kerja Raya serta dif kenamaan yang lain turut mengiringi YB Timbalan Menteri Kerja Raya dalam kunjungan tersebut.
YBrs. Ir. Ts. Mohd Firdaus bin Ahmad Termizi, Pengurus Besar dan Ketua-ketua Jabatan THBM telah menyantuni kunjungan beliau tersebut.
THBM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat YB Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia serta yang lainnya atas kunjungan ke reruai kami sepanjang persidangan ini.
Buat mereka yang belum berkesempatan mengunjungi reruai THBM, kami akan berada di sini sehingga 8 Mei 2026, Jumaat jam 12.00 tengahari.
Jom poie melawat reruai THBM kat SOC JKR Malaysia 2026!
THB Maintenance Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat Alor Setar
Alexander Nanta Linggi
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis - Rasmi
JKR Kedah
JKR Pulau Pinang
JKR Negeri Sembilan
JKR Daerah Seremban
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 203 & 204, Jalan PSK 5, Pekan Simpang Kuala
Alor Setar
05400
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |