Mukhriz Mahathir
13/06/2026
BEKWOH DI KETEREH
Sejak semalam saya berada di negeri Kelantan untuk menghadiri beberapa program anjuran Majlis Pimpinan Negeri Pejuang Kelantan.
Dimulakan dengan sesi perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN), saya diberikan taklimat penuh mengenai keberadaan Pejuang di sini. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Pejuang telah bertapak di bumi Kelantan dengan keahlian dan Cawangan yang semakin bertambah dari masa ke semasa.
Hari ini p**a, selepas selesai bersarapan di kedai Pok Loh Milo Tunggeng, saya bertolak ke Kok Lanas untuk perasmian cawangan berkelompok serta penyampaian watikah Ketua- ketua Cawangan untuk Parlimen Ketereh dan Pasir Putih.
Ramai penduduk setempat yang hadir. Mereka bergotong- royong masak singgang daging dan pelbagai lauk pauk yang enak. Kami turut dipersembahkan dengan mainan dikir barat oleh kump**an Raja Anak 12. Hebat persembahan anak- anak muda ini. Sebelum bergerak p**ang, saya singgah solat di Masjid Imanul Fa’izun yang tersergam indah di Melor.
Tahniah dan syabas saya ucapkan lepada Saudara Rizal Razali selalu Ketua Negeri Pejuang Kelantan diatas penganjuran program- program tersebut. Saya difahamkan selepas ini akan ada lagi banyak program yang Pejuang Kelantan akan anjurkan. Terima kasih kepada rakan- rakan politik dari Bersatu, MUDA dan Parti Orang Asli yang turut hadir bersama.
In Shaa Allah, saya dan rakan- rakan MEP pasti akan hadir!
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga kita semua akan sentiasa diberkati & dirahmati Allah SWT jua.
Ikhlas
Mukhriz Mahathir
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Alor Setar