Unit Hal Ehwal Islam HSB
02/06/2022
(MAJLIS BACAAN YASSIN DI WAD NICU HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH)
Unit Hal Ehwal Islam memenuhi jemputan bacaan yassin oleh Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi majlis kesyukuran. Semoga majlis ini dilimpahi rahmat dan berkat Allah SWT.
Jutaan terima kasih diatas jemputan dan juga kepada staf-staf yang terlibat.
24/04/2022
(IFTHAR BERSAMA SMART IQ YATIM HOUSE)
Tanggal 20 April 2022 (Rabu) Badan Kebajikan Islam Hospital Sultanah Bahiyah (BAKIS) menganjurkan program berbuka puasa serta sumbangan Duit Raya kepada adik-adik di Smart IQ Yatim House dengan kerjasama dari Unit Hal Ehwal Islam. Jumlah pelajar seramai 5 orang disertai dengan Pengerusi dari Smart IQ iaitu Ustaz Muhammad Azki Hafizi Ibrahim.
Majlis juga disertai oleh Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah selaku penasihat BAKIS, Dr Zaiton Binti Udin dan ahli-ahli jawatankuasa BAKIS.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis.
13/04/2022
( CERAMAH PERDANA)
Ramadan Bulan Tarbiah
Tanggal 11 April 2022, Badan Kebajikan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam mengadakan program ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat, penceramah yang petah dlm berbicara dan tidak lokek dengan kelucuannya dalam menyampaikan ilmu.
Moga segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir. Terima Kasih diucapkan kepada semua Ajk dan peserta yang terlibat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar