Peguam Syarie As WR

Peguam Syarie As WR

Share

22/04/2025

Alkisah 22 April 2025 🤗

Mendengar teguran dari Yang Arif di Mahkamah Tinggi Syariah tentang pihak² yg pada awlnya tidak berhasrat utk melantik peguam hingga diberikan tarikh Perbicaraan,tetapi pada tarikh Bicara,baru nk lantik Peguam 🫠

Perkara sebegini akn melambatkan proses sbb selalunya Peguam yg baru dilantik akn mohon utk meminda dokumen yg difailkan sebelumnya oleh pihak yg tak dpt nasihat guaman yg sepatutnya 🥲

Dan Yang Arif luluskan kos yg pihak saya mohon terhadap pihak lawan kerana melambatkan proses & kos perjalanan anakguam saya 🤗 itu antara kesan jika rasa nk handle kes sendiri di Mahkamah 🤗

Mungkin ada yg fikir dia mampu utk handle Bicara sendiri,tapi bila dh sampai harinya,baru tahu mcm mana rasanya 🫠 kalau tahu prosedur mahkamah,silakan handle sendiri,kalau tak tahu,sila dptkan khidmat nasihat yg sewajarnya 🤗

p/s: ada ibu² yg sudah berpisah bertanya saya berkaitan nafkah anak,tentang belanja hari raya yg baru² ini saja berlalu 🥲 anak xdpt nafkah utk berhari raya 🥹 mcm mana nk tuntut & mcm mana pengiraan nafkah?

Do pm me 😊

03/03/2024

Puan,lepas ni saya dh tak perlu hadir ke Mahkamah ka?

Itu yang anakguam saya tanya selepas selesai prosiding di hadapan Hakim Syarie 😄 bila kena dengan:

》Dokumennya
》Prosedurnya
》Kerjasama yang baik dari Defendan (Suami)

Insyaallah,selesai dengan sekali sahaja kehadiran ke Mahkamah ❤️

Defendan juga bersetuju untuk selesaikan pada hari yang sama memandangkan Defendan datang dari jauh ☺️ Dan yang bersyukurnya, Defendan juga bersetuju untuk merekodkan berkaitan nafkah anak, Alhamdulillah 🤲🏼

Sebelum hendak failkan kes,kena kaji dari pelbagai aspek supaya perjalanan kes lancar.

Sebagai contoh, nk fail kes perceraian persetujuan bersama,tapi suami tak setuju.memang takkan selesai la.namapun “PERSETUJUAN BERSAMA”,kalau seorang shj yg setuju,seorang lagi tak setuju atau tak hadir,memang tak kemana la kes tu.selalunya,hakim akan mtk utk tutup kes sahaja.

Sebab ada sesetengan orang awam merungut,kes tak selesai-selesai/suami tak hadir,kes tak boleh diteruskan/kes kena buang 😪

Sebab tak kena gaya 😎 sila rujuk kpd yg bertauliah sbb Hakim takkan "ajar"/"panduan" kpd org awam.jenuh Hakim kalau semua dia nk cover 😅

27/03/2023

Sila War²kan

Konsultasi Percuma sempena Ramadhan

14/06/2021

Bersama² kita doakan semoga kita dapat hidup & berurusan spt biasa slps ini...

Stay safe 😷

31/05/2021

Harap Maklum 🤗

Stay safe everyone 😷

Want your practice to be the top-listed Law Practice in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Alor Setar
05