The Raudhah Homestay Alor Setar
01/05/2022
Mulai 01 Mei 2022, The Raudhah Homestay kini dilengkapi dengan semua lampu LED, pam air dan TV baru. Lain-lain kemudahan seperti aircond (3) buah, kipas (3) buah, bilik air dan tandas (2) buah, peti ais, sterika, pemanas air kekal seperti sedia ada.
Pihak kami telah mendengar rintihan penyewa bahawa air perlahan. Memang di kawasan Taman Utama, masalah air perlahan menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, pihak kami telah memasang pam air untuk menambahkan kelajuan air.
Pihak kami juga menukar semua lampu kalimantang yang biasa kepada lampu LED. Ini dapat memberikan keselesaan kepada penyewa tatkala membuka lampu, terus menyala. Penyewa tak perlu menunggu lama untuk lampu menyala.
Pihak kami juga menukar TV Sony kepada jenama Toshiba dengan MyTv yang mempunyai 18 siaran. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang gemar cerita kartun.
Mulai 01-06/05/2022, homestay telah pun ditempah sejak awal akhir Mac dan awal April 2022. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk tempah boleh berbuat demikian dengan menghubungi nombor telefon yang tertera dalam website.
Nota :
1. Kadar 1 Hari/Malam : RM 180.00
2. Tempahan boleh dibank-in dalam akaun (akan diberikan kemudian).
3. Check-in : 3.00 petang & Check out: 12.00 tgh.
4. Masuk awal dibenarkan jika homestay tiada penyewa pada tarikh tempahan dan tiada bayaran tambahan dikenakan.
5. Hanya pasangan orang Islam yang mempunyai keluarga sahaja dibenarkan menyewa homestay ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
105, Taman Utama, Jalan Gangsa
Alor Setar
05150