Derma Darah Kedah Perlis - DDKP
12/07/2026
π’ Stok darah rendah!
Kami menyeru para penderma darah di luar sana untuk hadir menderma darah.
Hari ini jom singah mai derma darah di SJK C Pekan Lama Sg Petani.
Cenderahati disediakan kepada penderma yang hadir menderma.
11/07/2026
11/07/2026
Sedang berlangsung kempen derma darah sempena Program Santai Fun Run Hospital Sultanah Bahiyah, Sabtu 11 Julai 2026 dari jam 8 pagi hingga 2 petang di Lobi Hospital Sultanah Bahiyah.
Jom luangkan sedikit masa hari ini untuk hadir menderma darah bersama kami.
Terima kasih kerana menderma darah.
10/07/2026
Majlis Penyerahan Projek Siap Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU), Sungai Petani, Kedah
Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Projek Siap Pusat Darah Wilayah Utara (PDWU), Sungai Petani, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2026.
Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Ibu Pejabat JKR Malaysia, kepada Datin Paduka Roslinah binti Md. Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Projek PDWU merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) Rolling Plan Keempat yang mula dilaksanakan pada tahun 2021. Penubuhan pusat ini merupakan@ satu langkah penting dalam memperkukuh perkhidmatan transfusi darah di Wilayah Utara melalui penyelarasan aktiviti pengumpulan darah, saringan darah secara berpusat, pemprosesan dan penyimpanan komponen darah serta pengedaran bekalan darah kepada fasiliti kesihatan. Di samping itu, PDWU turut menyokong pelaksanaan Program Fraksinasi Kebangsaan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ir. Norzani binti Mahmood, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia; Dr. Nor Nazahah binti Mahmud, Pengarah Pusat Darah Negara; Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah; serta Dr. Jeremy Rodney Davis, Timbalan Pengarah (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.
Semoga Pusat Darah Wilayah Utara menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan transfusi darah yang lebih cekap, berkualiti dan mampan demi manfaat pesakit serta masyarakat di Wilayah Utara.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia
09/07/2026
β€οΈπ©Έ JOM JADI HERO! π¦ΈββοΈπ¦ΈββοΈ
π’ Program Mai Derma Darah Siri 39 β Be a Hero sempena _*WORLD BLOOD DONOR DAY*_ anjuran *UMNO Bahagian Kangar* dengan kerjasama *PUTERI UMNO Bahagian Kangar* serta *Hospital Tuanku Fauziah (HTF)* akan diadakan seperti berikut :
π 10 JULAI 2026 (JUMAAT)
π 8.30 - 11.45 pagi (Sesi 1)
2.45 - 4.30 petang (Sesi 2)
π Unit Tabung Darah, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
π 50 cenderahati menarik menanti para penderma!
Tak perlu ada kuasa luar biasa untuk jadi heroβ¦
β€οΈ Cukup luangkan 15 minit dan dermakan darah anda!
βοΈ Sihat? Jom derma!
βοΈ Ajak keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja sekali.
βοΈ Lagi ramai hadir, lagi ramai nyawa dapat dibantu.
Setitis Darah, Sejuta Harapan.
Be a Hero. Derma Darah Hari Ini! π©Έβ€οΈ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Pusat Darah, Hospital Alor Setar
Alor Setar
05350