Penerangan PAS Kedah

Penerangan PAS Kedah

Share

26/10/2021

Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula esok (Selasa, 26 Oktober 2021).

Bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 Juta demi memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP

https://bkp.hasil.gov.my.

25/10/2021

Perlu pastikan pengundi muda yang akan mengundi nanti benar-benar memberi sokongan mereka kepada kita, antara cabaran besar kita ialah bagaimana kita hendak menarik mereka untuk bersama kita.

Baca seterusnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/24/situasi-politik-negara-menuntut-pas-jadi-pendamai/?c=300

16/10/2021

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

ARAK TIMAH: PEMUDA PAS DESAK HENTIKAN OPERASI

16 Oktober 2021 | 10 Rabiulawal 1443 H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan kekesalan dan kekecewaan atas kewujudan arak buatan Malaysia yang baru sahaja memenangi anugerah antarabangsa baru-baru ini. Ini bukanlah suatu kebanggaan, tetapi sebaliknya suatu malapetaka dan hinaan buat Malaysia.

2. Berdasarkan carian, arak jenama Timah ini bukanlah baru sahaja wujud seperti yang digembar-gemburkan cybertrooper Pembangkang, tetapi arak ini telah wujud sejak bertahun lamanya. Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ianya baru wujud setahun dua ini. Walaupun begitu, Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak ini.

3. Pemuda PAS memahami bahawa hanya agama Islam yang melarang penganutnya meminum arak. Namun, arak ini bukan sahaja merosakkan umat Islam sahaja, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah mati akibat kesan arak, samada asbab kemalangan jalanraya mahupun ketagihan arak? Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak? Kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara.

4. Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengambil tindakan menutup terus perusahaan arak ini dari terus beroperasi. Kewujudan kilang arak ini, yang turut giat mengeksport produk mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah mendatangkan mudarat yang besar. Masih banyak lagi sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh negara selain perusahaan najis arak.

5. Pemuda PAS juga menasihatkan pihak Pembangkang yang galak bermain isu ini supaya bercakap berdasarkan fakta dan tidak menjadikannya modal sentimen politik murahan. Hakikatnya kilang ini turut beroperasi semasa zaman mereka menjadi kerajaan dan mereka sendiri berdiam walaupun mengetahuinya. Sebaiknya seluruh umat Islam, tanpa mengira agama dan latarbelakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak ini dihentikan segera.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

18/08/2021

TIADA AKTIVITI PEMBALAKAN DIJALANKAN

YAN - Tiada aktiviti pembalakan dijalankan di Gunung Jerai yang mengakibatkan berlakunya banjir deras.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata banjir kilat yang berlaku ini disebabkan oleh fenomena kepala air di Puncak Gunung Jerai.

"Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai.

"Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan," katanya.

Dalam kejadian ini, pihak bomba melaporkan telah menemukan seorang mangsa lemas di Pusat Rekreasi T**i Hayun terperangkap di celah kayu yang dihanyutkan air petang tadi.

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Alor Setar