ISMA Alor Setar
02/05/2026
🕋 DARI KLINIK KE KAABAH
HAJI TANPA RISAU: Persediaan Kesihatan Yang Ramai Terlepas Pandang
Nak tunaikan haji dengan lebih tenang dan yakin? Ramai fokus pada beg dan dokumen, tetapi terlupa perkara penting seperti:
💊 Ubat yang perlu dibawa
💉 Vaksin wajib & tambahan
🩺 Kawalan diabetes, darah tinggi, asma & lain-lain
🧕🏻 Masalah haid dan ginekologi di tanah suci
🚑 Apa perlu dibuat jika sakit di Tanah Suci
Jom bersama panel jemputan khas kami bagi kupasan panduan penting untuk bakal jemaah haji dan waris
📅 4 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 – 10.00 malam
📍 Live FB I-Medik Kedah
https://www.facebook.com/share/1BNGY6x3bM/
Jangan lepaskan peluang ini! Kongsikan kepada keluarga dan sahabat yang bakal menunaikan haji 🤍
02/05/2026
HENTIKAN ARUS HEDONISME DI NEGARA INI!
Rupa-rupanya Festival Muzik Air Rain Rave yang viral itu bukan hanya dibuat di Bukit Bintang tetapi turut dilaksanakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Satu hal yang janggal, mengapa acara ini dilaksanakan melalui agensi kerajaan padahal masyarakat Malaysia sendiri yang berbudayakan nilai Islam dan kesopanan tidak selesa dengan penganjuran program sebegini. Selama ini pun, Malaysia tidak pernah mempamerkan nuansa sebegini demi untuk menarik minat pelancong.
Tambahan p**a, aktiviti hiburan melampau ini boleh membawa mafsadah atau kerosakan seperti percampuran bebas antara berlainan lelaki dan wanita, pendedahan aurat dan bentuk badan daripada aktiviti air yang bercanggah dengan syarak, potensi pengambilan arak yang mengkhayalkan, ini semua langsung tidak membawa kebaikan kepada masyarakat.
Bahkan, acara ini jelas mengarusperdanakan hedonisme yang langsung tidak mencerminkan identiti negara kita berteraskan Islam. Terlalu banyak inisiatif lain untuk menarik pelancong seperti menonjolkan warisan Islam dan Melayu, seni budaya berbagai kaum yang hidup harmoni, khazanah alam semulajadi, dan sebagainya.
Acara ini bukan sahaja menenggelamkan masyarakat dalam hedonisme atau hiburan melampau tetapi dalam masa yang sama merosakkan imej Malaysia sebagai negara umat Islam contoh teladan di seluruh dunia.
Mungkin sebahagian masyarakat tidak sedar akan arus hedonisme yang melanda negara umat Islam terutamanya negara kita tercinta. Tahukan anda lemahnya tamadun-tamadun sebelum ini disebabkan umat bebas dan melampau dalam hiburan yang terlarang?
Hedonisme ini secara mudahnya adalah suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup juga satu doktrin atau teori etika yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau matlamat akhir sesuatu tindakan. Boleh disimpulkan juga bahawa ini adaIah salah satu cara musuh Islam untuk melalaikan umat dari agenda utama menegakkan Islam.
Dalam hal pendidikan kanak-kanak, punyalah prihatin kita terhadap perkembangan ilmu dan adab mereka hingga kita berusaha sebaiknya untuk menjauhkan diri mereka dari masalah sosial terutama di zaman gajet ini, tiba-tiba pihak atasan mudah sahaja menjalankan acara hiburan melampau yang merosakkan masyarakat secara besar-besaran.
Saya yakin para agamawan, pihak-pihak berwajib berkenaan urusan agama termasuk jabatan m***i turut bersuara akan hal ini. Malu lah penganjur jika masih bertegas untuk meneruskan acara ini walaupun ditegur pelbagai pihak. Tidakkah sekelumit rasa bersalah di ruang sudut hati mereka? Anda turut menanggung saham rosaknya masyarakat ini wahai pemimpin!
Ustaz Wan Ahmad Izzat bin Wan Ahmad Sanadi
Ketua Biro Dakwah ISMA
21/04/2026
LEPASAN SPM PERLU BIJAK MEMILIH BIDANG STRATEGIK
Keputusan SPM bukan penentu mutlak masa depan, apatah lagi penentu arah dunia. Ini hanyalah satu titik kecil dalam perjalanan yang jauh lebih besar. Masalah sebenar ialah apabila ramai berhenti berfikir di titik itu, seolah-olah kehidupan sudah ditentukan oleh beberapa huruf dan angka.
Fakhruddin Afif Bin Fauzi
Ketua Media ISMA Cawangan Alor Setar
Baca artikel penuh disini:
https://isma.org.my/lepasan-spmperlu-bijak-memilih-bidang-strategik/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Tingkat 1, No 25, Taman Vistana Indah
Alor Setar
06500