Shieda Aziz

Shieda Aziz

Share

03/09/2025

Sekecil-kecil pensel Warna gini pon hangpa guna lagi 😆
Nak buang diorang tak Kasi..katanya boleh lagi kaler2..
Aduhaii anak2..nk pegang pon x lepas, acaner nak asah nanti ntah..

12/03/2025

mama,ibu,mak,ummi,bonda,mommy....

Tak perlu uruskan semua, tak perlu jadi yang serba boleh , isteri yang hebat dan wanita berkarisma.

Kerana badan anda terlalu penat membuatnya sendirian. Kamu terlalu inginkan sempurna sedangkan badanmu tidak mampu.

Jadi, tinggalkan rumah untuk rehat sebentar pergi berjalan-jalan, jumpa kawan yang positif, mula bersenam, beli pakaian, pergi ke salon cuci rambut, tidur, tengok movie kelakar, jaga diri sendiri, sayangi diri sendiri, dan lakukan secara yang eksklusif ❤️.

Anak-anak dah semakin besar dan suami kadang - kadang tidak perasan anda perlukan masa untuk berehat. Tidak salah untuk bercakap memerlukan bantuan. Anda bukannya robot...

Jika penat, rehat lah..
Sayangi diri sendiri dulu sblm syg org lain..
Yakinlah Tuhan sentiasa menjaga kesayanganmu...

23/02/2025

Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.

Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.

Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.

Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.

Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.

Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.

Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.

Ada juga yang kata, "ye la, lelaki tak pernah stress". Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.

Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.

Kredit Penulisan : Akhtar Syamir Nor Azman

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Alor Setar