Warta Kedah

Warta Kedah

Share

06/06/2026

β€ΌοΈπŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€πβ€ΌοΈ

πŸ”Š HEBAHAN BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT NEGERI KEDAHπŸ”°πŸ”°πŸ”°

πŸ“Œ FESTIVAL AL-QURAN 2026 3.0 KINI KEMBALI LAGI‼️

πŸ“– "Wahai Anak Muda, Kembalilah Kepada Al Quran"

πŸ“… TARIKH : 03 - 04 JULAI 2026 (JUMAAT -
SABTU)
⏰ MASA : 9.00 pagi – 11.00 MALAM
🏟️ LOKASI : STADIUM SULTAN ABDUL HALIM,
S**A MENANTI, ALOR SETAR,
KEDAH.

πŸ“ Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda antaranya acara pentas utama, kuliah agama, pameran agensi, dakwah, bengkel Al-Quran, gerai-gerai jualan makan dan barangan sunnah.

Mari bersama-sama hidupkan kecintaan kepada al-Quran dengan mendengar pengisian yang hebat daripada barisan asatizah tanah air.

➑️ "Bukan Sekadar Festival. Ini Titik Pulang."

πŸ‘‰ JUMPA HAMPA SEMUA DEKAT SANA
NA ‼️

Sumber : YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat - DUN Sungai Limau

Photos from Warta Kedah's post 06/06/2026

β€Ž1,500 PENGUNJUNG MERIAHKAN ALOR SETAR CFS EDISI JUN 2026
β€Ž
β€ŽSABTU (06.06.2026)
β€Ž
β€ŽALOR SETAR - Program Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 bertemakan Green Heritage Day yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berlangsung meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang menyokong gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.
β€Ž
β€ŽProgram tersebut diserikan lagi dengan keberangkatan hadir Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan SallehuddAri dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff di Dataran Medan Bandar di sini, hari ini.
β€Ž
β€ŽTunku berdua berkenan menyertai kayuhan santai bersama peserta dalam acara Jom Kayuh Gerek sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan penggunaan pengangkutan mesra alam.
β€Ž
β€ŽHadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali dan Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Abdul Gafar Yahya.
β€Ž
β€ŽSeramai kira-kira 1,500 peserta hadir memeriahkan program CFS tersebut dan para pengunjung turut berpeluang mengunjungi pelbagai pameran rakan kolaborasi MBAS serta gerai jualan.
β€Ž
β€ŽPelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya persembahan Pasukan Pancaragam Sekolah Kebangsaan Taman Uda, zumba, Alor Setar Heritage Run sejauh 5 kilometer dan Eco Briskwalk sejauh 2.6 kilometer.
β€Ž
β€ŽPenganjuran program ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, menggalakkan penggunaan pengangkutan hijau serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan dan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
β€Ž
β€ŽProgram Alor Setar CFS akan diteruskan setiap bulan yang dijadualkan berlangsung pada minggu pertama setiap hari Sabtu bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat menyertai pelbagai aktiviti riadah, komuniti, warisan dan kelestarian alam sekitar yang disediakan.
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž
β€Ž

05/06/2026

β€ΌοΈπŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€πβ€ΌοΈ

πŸ”Š HEBAHAN BUAT PENDUDUK NEGERI KEDAHπŸ”°πŸ”°πŸ”°

πŸ“Œ β›” MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA GALERI PAMERAN MUZIUM KOTA KUALA KEDAH‼️

Pengunjung yang dihargai.

πŸ“ Dimaklumkan bahawa bangunan Galeri Pameran Muzium Kota Kuala Kedah akan ditutup sementara bermula πŸ“… 7 Jun 2026 sehingga dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dan pemuliharaan bangunan galeri.

Walau bagaimanapun, kawasan sekitar Muzium Kota Kuala Kedah masih dibuka kepada orang ramai dan boleh dilawati seperti biasa dari pukul ⏰ 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

Segala kesulitan amat dikesali.

πŸ‘‰ Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž Pejabat: 011-65727266

➑️ Jom ke Muzium Kota Kuala Kedah untuk menyusuri jejak tinggalan sejarah, menghayati kisah perjuangan silam serta menyingkap khazanah warisan negara.

JUMPA HAMPA SEMUA DEKAT SANA
NA ‼️

Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kolej Universiti Insaniah
Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00