Mat Don

Mat Don

Share

06/06/2026

Salah satu benda yang aku s**a dalam filem Polong adalah bagaimana dia 'bermain' dengan ayat Nafsu mengaburi mata. Setiap watak mempunyai sebab / motif untuk melakukan sesuatu dan semua tu terjadi kerana diri sendiri yang dikaburi nafsu.

Polong sedang ditayangkan di pawagam !

Photos from Mat Don's post 03/06/2026

Filem Kacau, sebuah adaptasi novel bestseller karya Ariff Adly terbitan buku Fixi di bawah tajuk sama yang diterbit dan diarahkan oleh Muzzamer Rahman dengan lakon layar bersama Muzzamer Rahman dan Nazim Masnawi telah dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

Menampilkan gabungan pelakon muda seperti Idan Aedan, Khayrisyah Kemal, Fimie Don, Sadiq M Jamil, Nurel Baharin, Arfie Shah dan Evanatie Sannie. Filem ini juga menjadi debut layar perak pertama buat Khayrisyah Kemal, Nurel Baharin dan Evanatie Sannie.

Kacau berkisarkan tentang sekump**an anak muda yang bermain sebuah permainan ritual secara s**a-s**a, sebelum tindakan tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka mula diganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dijelaskan.

Menurut penerbit, filem Kacau dijangka menjadi antara filem genre tempatan yang paling dinantikan generasi penonton baru dan setakat ini, pihak produksi kini dalam perbincangan bersama beberapa syarikat pengedaran dan pemameran bagi menentukan strategi tayangan filem ini.

Filem ini dijangka menemui penonton sekitar Oktober atau November 2026, tertakluk kepada proses akhir pasca produksi dan pengedaran.

27/05/2026

Vlog kedua sudah dimuat naik ke dalam Youtube Mat Don. Kalini kita melawat , pengarah Kata Hati (2026) yang sedang bertungkus lumus menyiapkan filem baharu beliau.

Masa yang ada hanya singkat sebab Nadiah kena rush to another place to promote Kata Hati. Bukan senang ya guys nak promote filem tanpa backup besar so respect the hustle !

Jemput tonton full vlog sekarang dan jangan lupa tonton Kata Hati di pawagam bermula 4 Jun ini !

Link: https://youtu.be/VhltT2CVKKE?si=aNnLfIPc1EJqoIzi

24/05/2026

Vlog kedua aku selepas Melawat Set Penggambaran Tarung : Unforgiven adalah Melawat Pengarah, Nadiah Hamzah di Meccanica.efx yang sedang bekerja menyiapkan filem baharu beliau, Kata Hati (2026).

Total footage rasanya dalam 35 minit so aku nak kena cut down sampai 10-15 minit sebab audiences aku mostly tonton video aku bawah 15 minit.

Anyway, go subscribe Youtube Mat Don dan nantikan vlog kedua aku ni serta jangan lupa tonton Kata Hati yang bakal menemui anda bermula 4 Jun !

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Alor Setar