GPMS Kedah

GPMS Kedah

Share

05/05/2026

BARISAN MAJLIS PRESIDEN GPMS SESI 2025–2028

Alhamdulillah, barisan kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi sesi 2025–2028 kini lengkap dengan gabungan tenaga muda, profesional dan berpengalaman dari seluruh negara.

Dipimpin oleh Pengerusi, Azwan Hussain (Kelantan) bersama Timbalan Pengurusi, Wan Muhammad Hafizzul (Pahang) barisan ini turut diperkuatkan oleh kepimpinan negeri, barisan korporat serta Felo Presiden yang akan menjadi tulang belakang kepada gerak kerja organisasi.

Ini bukan sekadar susunan nama tetapi satu amanah besar untuk:
✔ Memperkasa agenda pendidikan Melayu
✔ Memperjuangkan kebajikan pelajar
✔ Membina kepimpinan masa depan yang berdaya saing

GPMS mesti terus relevan, progresif dan menjadi suara pendidikan yang dihormati.

Selamat menjalankan amanah kepada seluruh barisan kepimpinan. Ayuh kita gerakkan GPMS ke tahap yang lebih tinggi.

wa.me 04/05/2026

RESULT ANAK MASIH MERAH? JANGAN TUNGGU SAMPAI SPM!

Mak bapa di Alor Setar pening kepala tengok result ujian anak baru-baru ni? Masih banyak 'G' & 'E' dalam report card? Masa tak tunggu kita, SPM 2026 makin dekat!

Di Pusat Akademik GPMS Kedah, kami bukan sekadar tuisyen biasa. Kami fokus pusingkan result "GAGAL" ke "LULUS", yang "LULUS" ke "SKOR A"!

🚀 SUBJEK "PEMBUNUH" YANG KAMI PAKAR:
✅ Add Math | Fizik | Kimia | Biologi
✅ Ekonomi | Perakaunan | Perniagaan
✅ Subjek Teras (BM, BI, Math, Sains)

💡 KENAPA GPMS JADI PILIHAN?
✔️ Teknik Potong Kompas: Fokus pada topik yang keluar exam sahaja.
✔️ Modul 'Fast-Track': Tak payah hafal buku teks, kita ajar cara skor markah.
✔️ Cikgu Berpengalaman: Bukan sekadar mengajar, tapi mentor yang faham psikologi pelajar.
✔️ Lokasi Strategik: Tengah bandar Alor Setar (Selesa & Kondusif)

📍 Lokasi:
Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah
1546 & 1546A, Tingkat 2, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar

🔥 TAWARAN TERHAD
Daftar minggu ini jangan biar anak hampa tertinggal. Bertindak sekarang sebelum kelas penuh!

📲 WhatsApp Terus:
[https://wa.me/60103217440]

wa.me

Photos from GPMS Kedah's post 03/04/2026

Pejam celik dah hari kedua kami berkampung kat River Side Tandop!
Panas lit-lit pun tak heran, janji jentera GPMS Negeri Kedah “on fire” pastikan booth jualan laku keras dan urusan teknikal semua jalan lancar.

Paling gempak, jentera GPMS dah berjaya “tapau” 4 hadiah untuk sukan rakyat setakat ni! Memang padu ukhuwah jentera kita kali ni.

Terima kasih orang Loqstaq yang singgah borong barang jualan GPMS sampai tak menang tangan. Sapa yang belum mai, esok hari TERAKHIR! Jom pakat mai serbu booth GPMSNK dan meriahkan festival ni. Jumpa hampa esok!

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

AnakKedahBoleh BelajarTerusBelajar GPMSNKOnTheMove

Photos from GPMS Kedah's post 02/04/2026

JOM SERBU: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026! 🪁

Kedah Mai Lagi! Kali ini GPMS Negeri Kedah turun padang memeriahkan Festival Seni Budaya & Cabaran Wau Kedah Peringkat Kebangsaan 2026.

Hampa bosan duduk rumah? Nak tengok wau tercantik di Malaysia terbang tinggi? Nak rasa vibe 'Rare' budaya kita? Inilah masanya!

📍 Lokasi: River Side D Telok Bagan, Alor Setar (Batu 2 1/2 Tandop)
📅 Tarikh: 2 - 4 April 2026 (Khamis - Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 Pagi - 7.00 Malam

Kenapa hampa WAJIB mai?
✅ Cabaran Wau: Saksikan kehebatan teknikal pemain wau dari seluruh negara.
✅ Jualan RAHMAH Madani: Barang dapur murah, ikan segar pun ada!
✅ Persembahan Non-Stop: Tarian Singa, Wushu, Silat, Sumazau & Puisi (Vibe Malaysia Madani habis!)
✅ Aktiviti Sukan Rakyat: Kayak, Mewarna, Kerabu Jantung Pisang & banyak lagi.
✅ Hadiah Utama: RM1,500 menanti pemenang!

GPMS Negeri Kedah komited menyokong usaha memartabatkan warisan seni budaya agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ini platform terbaik untuk anak muda tengok sendiri betapa kayanya budaya kita.

Ajak mak ayah, kawan-kawan, dan jiran sebelah. Kita bagi penuh Telok Bagan hujung minggu ni!

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

Photos from GPMS Kedah's post 02/04/2026

LOGISTIK & PERSIAPAN TAPAK: FESTIVAL SENI BUDAYA & CABARAN WAU KEDAH 2026

Susulan Mesyuarat Penyelarasan pada 29 Mac lalu, GPMS Negeri Kedah semalam (1 April) telah turun padang bagi melakukan tinjauan tapak (site visit) di lokasi penganjuran Festival Seni Budaya dan Cabaran Wau Kedah 2026.

Tinjauan ini penting bagi memastikan:
📍 Laluah masuk dan pergerakan pengunjung serta peserta teknikal wau adalah efisien dan selamat.
⛺ Pihak kontraktor telah memberikan komitmen bahawa pemasangan khemah akan siap sepenuhnya menjelang esok bagi memudahkan urusan pendaftaran dan operasi.
🛠 Memastikan tapak “layangan” wau bebas daripada halangan teknikal demi keselamatan semua pihak.

Jawatankuasa Tertinggi GPMSNK sendiri hadir memantau bagi memastikan kebajikan sukarelawan dan kualiti penyertaan anak muda Kedah berada pada tahap terbaik. Kami mahu pastikan festival ini bukan sekadar gah pada nama, tetapi lancar dari segi pengurusan di lapangan.

Doakan urusan persiapan akhir kami dipermudahkan. Jumpa hampa esok di hari pertama festival! 🪁

“BELAJAR TERUS BELAJAR”

SeniBudaya PersiapanAkhir BelajarTerusBelajar

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pejabat Rasmi GPMS Negeri Kedah, 1546 & 1546A. Jalan Sultan Badlishah
Alor Setar
05000