Polis Kota Setar
14/07/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐏𝐃 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑
Alor Setar, 14 Julai 2026 – Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali bersama Pengerusi PERKEP IPD Kota Setar, YBhg. Puan Hara binti Subti, telah mengadakan lawatan kebajikan ke Hospital Aurelius Alor Setar bagi menziarahi Insp Nurul Syazwani binti Abdul Manan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar yang sedang menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Lawatan yang turut disertai pegawai dan anggota IPD Kota Setar itu bertujuan menyampaikan sokongan moral serta memberi kata-kata semangat kepada beliau agar tabah menghadapi ujian dan dikurniakan kesembuhan.
Program ini mencerminkan komitmen PDRM dalam menjaga kebajikan warganya serta mengeratkan semangat kekeluargaan dalam pasukan. Semoga Insp Nurul Syazwani diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.
12/07/2026
𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑮𝑨𝒀𝑨 𝑯𝑰𝑫𝑼𝑷 𝑺𝑰𝑯𝑨𝑻, 𝑵𝒀𝑨𝑵𝒀𝑰𝑨𝑵 𝑳𝑨𝑮𝑼 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨𝑲𝑼 𝑫𝑨𝑵 𝑳𝑨𝑭𝑨𝒁 𝑰𝑲𝑹𝑨𝑹 𝑹𝑼𝑲𝑼𝑵 𝑵𝑬𝑮𝑨𝑹𝑨 𝑷𝑬𝑹𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑻 𝑰𝑩𝑼 𝑷𝑬𝑱𝑨𝑩𝑨𝑻 𝑷𝑶𝑳𝑰𝑺 𝑫𝑨𝑬𝑹𝑨𝑯 𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑺𝑬𝑻𝑨𝑹
Kota Setar, 12 Julai 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat melibatkan senamrobik serta amalan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Ikrar Rukun Negara di perkarangan IPD Kota Setar.
Program anjuran Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, YDH ACP Syed Basri bin Syed Ali bersama barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai kanan, anggota serta pegawai awam IPD Kota Setar.
Penganjuran program ini bertujuan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal di samping menyemarakkan semangat patriotisme, taat setia dan cintakan negara dalam kalangan warga IPD Kota Setar.
Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental, program seumpama ini turut mengukuhkan semangat kebersamaan, disiplin serta kesejahteraan warga pasukan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Kolam Air
Alor Setar
05000