Info Farmasi

Info Farmasi

Share

17/11/2025

Apa itu Glutathione?

Glutathione ialah antioksidan semula jadi dalam badan. Ia dibuat oleh hati dan fungsi utamanya ialah melindungi sel daripada rosak, menyokong imun, dan membantu proses detox normal tubuh.

Apa manfaat sebenar?

Kita tidak perlu “top up” glutathione dari luar kalau badan masih sihat. Manfaat utamanya:
• Mengurangkan kerosakan oksidatif dalam sel
• Menyokong sistem imun
• Membantu hati memproses toksin

Tetapi ia bukan ubat cerah kulit, bukan ubat kurus, dan bukan rawatan kanser seperti yang selalu dipromosi.
Sumber semula jadi

Kita boleh tingkatkan tahap glutathione badan melalui:
• Makanan tinggi sulfur seperti brokoli, bawang, bawang putih
• Vitamin C (buah sitrus, jambu batu)
• Senaman
• Tidur cukup
• Kurangkan alkohol dan rokok

Semua ini lebih berkesan berbanding pil “glutathione” yang dijual.

Makanan apa bantu tingkatkan glutathione semula jadi?

Makanan yang menyediakan bahan pembina glutathione:
• Brokoli, bawang putih, kobis (sulfur)
• Telur, ayam, ikan, kekacang (protein)
• Jambu batu, oren, lemon (vitamin C)
• Ikan laut, telur, biji kuaci (selenium)
• Kunyit, tomato, teh hijau (antioksidan)

Kenapa makan pil glutathione tak berkesan?

Kerana bila ditelan, ia dipecahkan menjadi 3 asid amino, tidak masuk sebagai glutathione.
Badan tetap perlu membina semula guna proses yang sama, jadi makan pil tak beri kesan “lebih cerah”

Kalau IV Glutathione? Apa jadi sebenarnya?

Ramai fikir bila glutathione disuntik terus ke dalam salur darah, ia akan “jalan terus ke kulit” dan mencerahkan.

Secara biokimia, IV glutathione tetap akan melalui proses sama dalam badan, cuma ia masuk lebih cepat.

Risiko sebenar IV glutathione:
• Kerosakan buah pinggang
• Anafilaksis (reaction teruk boleh bawa maut)
• Hepatotoksik (hati tertekan bila metabolisme terpaksa “buang” lebihan GSH)
• G6PD deficiency → risiko hemolysis
• Bahan campuran (steroid, hydroquinone, mercury) tanpa label

Apa yang perlu anda buat?

• Jika dipertimbangkan penggunaan ubat/suplemen, runding dengan doktor dahulu.
• Pastikan produk disahkan, syarikat dipercayai, dan ada bukti kajian.
• Elakkan suntikan/IV untuk tujuan kosmetik tanpa bukti dan kawalan.
• Pilihan paling selamat: tingkatkan gluten-thione semula jadi melalui makanan & gaya hidup.

Apa itu Glutathione?

Glutathione ialah antioksidan semula jadi dalam badan. Ia dibuat oleh hati dan fungsi utamanya ialah melindungi sel daripada rosak, menyokong imun, dan membantu proses detox normal tubuh.

Apa manfaat sebenar?

Kita tidak perlu “top up” glutathione dari luar kalau badan masih sihat. Manfaat utamanya:
• Mengurangkan kerosakan oksidatif dalam sel
• Menyokong sistem imun
• Membantu hati memproses toksin

Tetapi ia bukan ubat cerah kulit, bukan ubat kurus, dan bukan rawatan kanser seperti yang selalu dipromosi.
Sumber semula jadi

Kita boleh tingkatkan tahap glutathione badan melalui:
• Makanan tinggi sulfur seperti brokoli, bawang, bawang putih
• Vitamin C (buah sitrus, jambu batu)
• Senaman
• Tidur cukup
• Tidak merokok dan minum alkohol

Semua ini lebih berkesan berbanding pil “glutathione” yang dijual.

Makanan apa bantu tingkatkan glutathione semula jadi?

Makanan yang menyediakan bahan pembina glutathione:
• Brokoli, bawang putih, kobis (sulfur)
• Telur, ayam, ikan, kekacang (protein)
• Jambu batu, oren, lemon (vitamin C)
• Ikan laut, telur, biji kuaci (selenium)
• Kunyit, tomato, teh hijau (antioksidan)

Kenapa makan pil glutathione tak berkesan?

Kerana bila ditelan, ia dipecahkan menjadi 3 asid amino, tidak masuk sebagai glutathione.
Badan tetap perlu membina semula guna proses yang sama, jadi makan pil tak beri kesan “lebih cerah”

Kalau IV Glutathione? Apa jadi sebenarnya?

Ramai fikir bila glutathione disuntik terus ke dalam salur darah, ia akan “jalan terus ke kulit” dan mencerahkan.

Secara biokimia, IV glutathione tetap akan melalui proses sama dalam badan, cuma ia masuk lebih cepat.

Risiko sebenar IV glutathione:
• Kerosakan buah pinggang
• Anafilaksis (reaction teruk boleh bawa maut)
• Hepatotoksik (hati tertekan bila metabolisme terpaksa “buang” lebihan GSH)
• G6PD deficiency → risiko hemolysis
• Bahan campuran (steroid, hydroquinone, mercury) tanpa label

Apa yang perlu anda buat?

• Jika dipertimbangkan penggunaan ubat/suplemen, runding dengan doktor dahulu.
• Pastikan produk disahkan, syarikat dipercayai, dan ada bukti kajian.
• Elakkan suntikan/IV untuk tujuan kosmetik tanpa bukti dan kawalan.
• Pilihan paling selamat: tingkatkan gluten-thione semula jadi melalui makanan & gaya hidup

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Taman Wira Mergong
Alor Setar
06250