Polis Kedah

Polis Kedah

Share

Photos from Polis Kedah's post 10/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS KEDAH

ALOR SETAR, 10 Jun 2026 – Ketua Polis Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. En. Abd Hafiz bin A. Bakar, Pegawai Eksekutif Global Exhibition & Conference Sdn. Bhd., petang ini.

Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah ACP Mohd Redzuan bin Salleh, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Kedah; ACP Ramlan bin Hj. Samiun, Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah; serta Supt. Abdell Nasser bin S. Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai salah satu persiapan awal bagi penganjuran pameran dan persidangan aeroangkasa serta maritim antarabangsa, Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2027.

Sesi kunjungan hormat berkenaan diakhiri dengan menandatangani buku pelawat serta sesi bergambar kenang-kenangan sebagai simbolik hubungan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak.

09/06/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran.
----------//--------------

Daripada Ibnu Umar RA ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai jiran yang akan bergantung (menuntut hak) kepada jirannya pada hari kiamat seraya berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini telah menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku” (HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status: Hadis Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.

Pengajaran:

1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.

2. Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita ada jiran yang terdiri daripada kerabat, ada jiran sesama Islam dan ada jiran bukan Islam. Setiap mereka ada hak yang menjadi tanggungjawab kepada kita untuk ditunaikan. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah sikap prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Menunaikan tanggungjawab antaranya memberi menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.

3. Berbuat baik kepada jiran dengan menunaikan hak mereka merupakan sebahagian dari tanggungjawab iman kita. Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” (HR Muslim No: 77)

4. Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.

5. Hadis ini merupakan peringatan yang sangat kuat tentang tanggungjawab terhadap jiran. Rasulullah menggambarkan bahawa pada Hari Kiamat nanti terdapat jiran yang mengadu kepada Allah kerana jirannya hidup dalam keadaan mementingkan diri dan tidak mahu berkongsi kebaikan walaupun mampu.

6. Oleh itu, seorang Muslim hendaklah sentiasa memelihara hubungan kejiranan dengan menunjukkan sikap prihatin, membantu ketika diperlukan, menjaga adab dan mengelakkan sebarang bentuk gangguan. Kejiranan yang baik bukan sahaja mengeratkan hubungan masyarakat, bahkan menjadi sebab memperoleh keredaan Allah SWT dan keselamatan pada Hari Akhirat.





(JIPS)Kedah

24 hb Zulhijjah1447H
10 hb Jun 2026M

08/06/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Miliki Sifat Zuhud
-------------&&-------

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu amalan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Bersikap zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan bersikap zuhudlah engkau terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka akan mencintaimu.” (HR Ibn Majah no. 4102) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Suatu sifat penting yang wajib ada pada diri setiap mukmin ialah sifat zuhud.

2. Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. Bukan bererti membenci sehingga s**a agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

4. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn ‘Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

5. Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal, zuhud ialah: Tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama hati, walaupun dunia berada di tangan.

6. Hadis ini menghimpunkan satu formula kehidupan yang sangat ringkas tetapi mendalam. Rasulullah mengajar bahawa sesiapa yang ingin memperoleh cinta Allah hendaklah bersikap zuhud terhadap dunia, dan sesiapa yang ingin memperoleh cinta manusia hendaklah tidak tamak terhadap apa yang dimiliki oleh mereka.

7. Zuhud yang sebenar bukan meninggalkan dunia, tetapi menjadikan dunia berada di tangan dan bukan di dalam hati. Apabila hati dipenuhi kecintaan kepada Allah dan keyakinan kepada rezeki-Nya, seseorang akan memperoleh ketenangan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah serta manusia.





(JIPS)Kedah

23 hb Zulhijjah1447H
09 hb Jun 2026M

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium
Alor Setar
05560