Buletin KEMAS Kedah
07/07/2026
06/07/2026
06/07/2026
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀 𝐆𝐄𝐍 𝐓𝐀𝐋𝐄𝐍𝐓𝐒 @ 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
BALING, 6 Julai 2026 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Alpha Gen Talents @ KEMAS dan Hari Kemahiran Unit Pendidikan Kemahiran Peringkat KEMAS Negeri Kedah Tahun 2026 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Baling.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Al-Firdaus bin Muhamad, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti dan Pendidikan Kemahiran KEMAS Negeri Kedah.
Mesyuarat diadakan bertujuan menyelaras segala aspek pelaksanaan Program Alpha Gen Talents @ KEMAS serta Hari Kemahiran KEMAS Negeri Kedah agar dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Turut diadakan lawatan tapak bagi meneliti keperluan lokasi, susun atur program, aspek teknikal, logistik serta persediaan keseluruhan sebelum program berlangsung.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada pembahagian tugas setiap jawatankuasa, penyediaan kemudahan pertandingan, pengurusan peserta, protokol majlis, keselamatan, promosi dan publisiti, selain memastikan semua urusan berjalan lancar mengikut perancangan.
Program Alpha Gen Talents @ KEMAS merupakan platform mencungkil bakat, potensi dan kreativiti kanak-kanak TABIKA KEMAS, manakala Hari Kemahiran KEMAS p**a menjadi medan mempamerkan hasil serta kecemerlangan peserta dalam bidang Pendidikan Kemahiran KEMAS.
Diharapkan hasil penyelarasan ini akan memastikan kedua-dua program dapat dilaksanakan dengan jayanya sekali gus memperkukuhkan usaha KEMAS Negeri Kedah dalam melahirkan generasi berpotensi, kreatif dan berdaya saing serta memperkasakan pembangunan komuniti melalui pendidikan dan kemahiran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Address
Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit
Alor Setar
06550
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |