Maahad Imam Syatibi
05/06/2026
Orang selalu tanya,
"Kenapa takda pelajar baru?"
"Tak sedih ka bila pelajar pindah?"
Sejujurnya, 1001 perasaan bercampur baur.
Bayangkan kita dah jaga seseorang dalam tempoh yang lama. Hari-hari dengar cerita mereka, tengok perkembangan mereka, tegur silap mereka dan paling seronok bila nampak perubahan sedikit demi sedikit ke arah yang lebih baik.
Sudah tentu ada rasa sedih bila sampai masa mereka pergi.
Tetapi dalam masa yang sama, Ustazah sentiasa ingatkan diri bahawa setiap pelajar ada perjalanan dan impian mereka sendiri.
Ada yang perlu mengejar SPM. Ada yang perlu menyambung pengajian ke tempat lain. Ada yang perlu kembali kepada keluarga atas sebab tertentu.
Dari awal lagi Ustazah selalu pesan kepada pelajar,
"Kalau rasa nak pindah atau tak mahu duduk di MAAIS lagi, jangan lari. Datang beritahu Ustazah."
Sebab bila lari, akan timbul banyak masalah lain.
Lagipun bukan semua tempat sesuai untuk semua orang. Ada yang serasi, ada yang tidak. Itu perkara biasa dalam kehidupan.
Berkenaan pelajar baru p**a, sebenarnya bukan kami tidak mahu membuka peluang seluas-luasnya.
Kalau ikut hati, memang Ustazah mahu buka pendaftaran 24 jam sehari.
Tetapi tempat yang kami sedang beroperasi sekarang mempunyai beberapa kekangan dan masalah yang kadang-kadang memberi kesan kepada pelajar dan juga waris.
Perkara itu yang membuatkan kami sentiasa berfikir panjang.
Kerana bagi Ustazah, pelajar dan waris tidak sepatutnya dibebankan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kami.
Target utama kami mudah sahaja.
Kami mahu waris menghantar anak mereka dengan hati yang tenang dan yakin bahawa anak mereka berada dalam jagaan yang baik.
Sebab itu waris dan pelajar yang masih bersama kami hari ini sangat bernilai.
Mereka tahu keadaan sebenar kami.
Mereka nampak perjuangan kami.
Mereka faham kesukaran yang sedang kami lalui.
Tetapi mereka tetap memilih untuk terus setia bersama kami.
Dan itulah antara kekuatan terbesar yang membuatkan kami terus melangkah walaupun jalan ini penuh dengan cabaran.
Buat masa sekarang, kami sedang berusaha membangunkan tempat sendiri di tanah yang berada di belakang kawasan Maahad.
Bahagian ini banyak diuruskan oleh Mudir dan juga Ustaz, tetapi Ustazah sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.
Siapa sangka, ada masa kami rasa seperti keluar dari satu ujian tetapi masuk p**a ke ujian yang lain.
Perasaan marah, sedih, kecewa dan penat semuanya pernah hadir.
Namun kami tidak mempunyai pilihan selain terus bangun dan melangkah ke hadapan.
Kerana kami percaya setiap kepayahan yang Allah SWT hadirkan hari ini adalah sebahagian daripada jalan untuk memudahkan urusan Maahad Imam Syatibi pada masa hadapan.
Untuk yang bertanya bagaimana boleh membantu, sesungguhnya seluas lautan kami membuka ruang untuk sama-sama menyumbang.
Perancangan asal kami adalah untuk membina bangunan Maahad di tanah sendiri.
Namun kos pembinaan mencecah sehingga jutaan ringgit.
Jadi buat permulaan, Mudir mengambil keputusan untuk membina sebuah rumah terlebih dahulu sebagai pusat operasi sementara sehingga dana pembangunan yang lebih besar dapat dikumpulkan.
Walaupun berat, keputusan itu perlu dibuat.
Kerana kami memerlukan tempat sendiri untuk terus beroperasi dan mendidik anak-anak yang diamanahkan kepada kami.
Bangunan yang kami gunakan sekarang merupakan amanah yang pernah diberikan oleh Allahyarham Ustaz Halim.
Namun apabila beliau kembali ke rahmatullah, tempat tersebut telah diwarisi oleh waris beliau.
Sebagai pihak yang menumpang, kami perlu menghormati keputusan tersebut dan keluar dalam tempoh yang telah diberikan.
Justeru itu, projek pembangunan ini bukan lagi sekadar impian, tetapi satu keperluan.
Anggaran kos untuk membina rumah yang akan menempatkan:
▪️ 2 buah kelas pengajian
▪️ Bilik warden
▪️ Bilik asrama pelajar
▪️ Tandas
▪️ Dapur
▪️ Kantin
▪️ Pejabat pentadbiran
adalah sekitar RM150,000.
Alhamdulillah, setakat ini kami telah berjaya mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran awal kepada kontraktor.
Namun masih berbaki sekitar RM130,000 yang perlu dikumpulkan.
Projek ini telah pun bermula.
Lori dan jentera sudah mula masuk untuk meratakan kawasan tapak pembinaan.
Kini kami hanya mampu berusaha semampunya dan berharap ada lebih ramai insan yang sudi bersama-sama menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.
Kerana setiap ringgit yang disumbangkan bukan sekadar membantu membina sebuah bangunan.
Tetapi membantu membina tempat lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berilmu, beramal dan bermanfaat kepada agama, masyarakat serta negara.
Semoga Allah SWT menerima setiap sumbangan, infaq dan doa yang diberikan serta menjadikannya saham akhirat yang terus mengalir pahalanya hingga ke hari akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin. 🌹
30/05/2026
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته،.
Makluman kepada semua waris dan pelajar,
📌 Semua kelas BERCUTI pada:
🗓 31.5.2026 (Ahad) – Sempena Hari Wesak
🗓 1.6.2026 (Isnin) – Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Insya-Allah, semua kelas akan bermula semula seperti biasa pada 2.6.2026 (Selasa).
🏠 Bagi pelajar asrama, mereka WAJIB kembali ke asrama pada 1.6.2026 (Isnin) bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berjalan lancar pada keesokan harinya.
Mohon kerjasama semua waris untuk memastikan pelajar hadir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih. 🤍
20/05/2026
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
MINGGU BALIK
Untuk makluman para waris dan pelajar, pada 21.5.2026 semua pelajar Tahfiz dibenarkan p**ang seawal selepas selesai solat Subuh.
Pelajar perlu kembali semula ke asrama pada 30.5.2026 sebelum jam 6 petang.
Sebarang kelewatan tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan/hukuman.
Mohon para waris memastikan pelajar menyiapkan latihan dalam buku Tulis Al-Quran sepanjang cuti berlangsung supaya momentum pembelajaran tidak terhenti.
Selamat bercuti dan manfaatkan masa bersama keluarga sebaiknya 🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Pondok Hj SAAD Lepai, Kampung Padang Wat, Mukim Lepai
Alor Setar
KEDAH
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |