DPMM Kedah

DPMM Kedah

Share

Photos from DPMM Kedah's post 13/06/2026

📍 Sungai Petani, Kedah | 12 Jun 2026
✨ Program Dewanita DPMM Kedah Bersama Usahawan Bimbingan AIM Cawangan Kuala Muda.

Dewanita DPMM Kedah berpeluang menghadiri jemputan daripada Usahawan Sahabat Ikhtiar Kuala Muda bagi menjayakan sesi Penerangan Peranan DPMM serta Motivasi Keusahawanan kepada Sahabat Usahawan PBMR menerusi program “Berikhtiar Menambah Rezeki” yang berlangsung di Bilik Mesyuarat AIM Cawangan Kuala Muda, Sungai Petani.

Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman bagi memperkasakan usahawan wanita agar terus berdaya tahan, bersemangat serta mampu mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Bual Bicara Usahawan bertajuk “Dari Modal Kecil ke Impian Besar” yang menampilkan dua usahawan berpengalaman sebagai panel:

🌹 Puan Safinah binti Hj. Omar - usahawan serba boleh yang memiliki pengalaman luas dalam kesetiausahaan, pengurusan perniagaan dan kewangan, hinggalah ke bidang pengauditan, percukaian, akaun, pelaburan, dan beberapa lagi cabang perniagaan, dan kini memegang peranan sebagai Pengerusi Dewannita DPMM Kedah.

🌹 Puan Hajah Asiah binti Bashah – Usahawan wanita yang menjadi lambang ketekunan dan keberanian dalam dunia peruncitan – Hajah Asiah binti Bashah, pengasas kepada rangkaian Pasaraya Borong AA Teguh yang kini sudah berkembang pesat dengan lebih 15 cawangan di negeri-negeri utara.

Melalui perkongsian yang penuh inspirasi, para peserta didedahkan kepada pelbagai cabaran dunia perniagaan, strategi menghadapi persaingan serta pengalaman membina kejayaan bermula daripada sumber dan modal yang terhad. Sesi ini turut memberi suntikan motivasi kepada para usahawan untuk terus berusaha, berinovasi dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Dewanita DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AIM Cawangan Kuala Muda atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya saing dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 12/06/2026

DPMM Kedah Hadiri Persidangan Koridor Ekonomi Malaysia–Thailand.

YDP, Hj. Zuhaizar bin Abdul Karim, bersama Penasihat DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail, telah menghadiri Persidangan Dua Hala “Fostering an Inclusive Economic Corridor between Southern Thailand and Northern Peninsular Malaysia” pada 11 Jun 2026 di Songkhla, Thailand.

Persidangan anjuran Prince of Songkla University (PSU) dan World Bank ini menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan bagi membincangkan pembangunan koridor ekonomi rentas sempadan Malaysia–Thailand yang lebih inklusif dan mampan.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dalam sektor pelancongan, agroperniagaan dan logistik, di samping mengenal pasti cabaran, peluang serta tindakan strategik yang boleh memperkukuh hubungan ekonomi antara Selatan Thailand dan Utara Semenanjung Malaysia.

Sesi turut menampilkan pembentangan daripada Kementerian Perdagangan Thailand, NCIA, World Bank serta beberapa pakar pembangunan wilayah, sebelum diteruskan dengan perbincangan kumpulan dan sesi plenari bagi merangka cadangan tindakan serta hala tuju kerjasama pada masa hadapan.

Penyertaan DPMM Kedah mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluaskan jaringan strategik dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti usahawan serta perniagaan di Kedah.

Photos from DPMM Kedah's post 13/05/2026

PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PERINGKAT NEGERI KEDAH BERSAMA MPC WILAYAH UTARA
đź“… 12 Mei 2026
📍 Grand Alora Hotel, Alor Setar

DPMM Kedah telah memenuhi jemputan menghadiri Program Transformasi Produktiviti Industri anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara yang berlangsung di Grand Alora, Alor Setar.

Program ini diadakan sebagai sesi libat urus bersama pemain industri bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif dan program peningkatan produktiviti industri, di samping mendapatkan maklum balas serta data berkaitan pembangunan kerangka produktiviti negara.

MPC juga kini sedang membangunkan Kajian Kerangka Pelan Hala Tuju dan Produktiviti Nasional 2026–2035 selaras dengan aspirasi Strategi A6 berkaitan Produktiviti dan Daya Saing Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Program hari ini telah menghimpunkan wakil syarikat perusahaan mikro, kecil, sederhana dan besar khususnya di peringkat pengurusan pertengahan dan operasi bagi membincangkan cabaran, peluang serta hala tuju produktiviti industri negara.

DPMM Kedah turut diwakili oleh ahli-ahli dewan yang bersama-sama mengambil peluang memperkukuh jaringan, menambah pengetahuan serta memahami inisiatif baharu yang mampu meningkatkan daya saing perusahaan tempatan.

Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan industri yang lebih produktif, berdaya tahan dan mampan di Negeri Kedah khususnya dalam kalangan usahawan Melayu.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Bangunan DPMMK
Alor Setar
05700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30