MEBA UTARA Enterprise
.
30/05/2016
service air condition TUDM
04/05/2016
Sedikit perkongsian untuk pengguna alat hawa dingin...
-PENYENGGARAAN SISTEM PENYAMANAN UDARA-
Penyenggaraan bagi semua unit penyamanan udara boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu pemeriksaaan harian dan pemeriksaan tetap. Pemeriksaan harian biasanya dilakukan sendiri oleh pengguna. misalnya semasa unit mula beroperasi, sedang ber-operasi, dan semasa berhenti beroperasi. Selain itu pengguna haruslah peka terhadap kedinginan dan penyamanan ataupun perubahan suhu di dalam bilik, Ini penting untuk mengesan sebarang kerosakan. Pemeriksaan tetap p**a dilakukan oleh seseorang yang mahir tentang alat penyamanan udara. Selalunya penyenggaraan ini dibuat secara perjanjian atau kontrak yang dilakukan setiap bulan atau apabila berlaku kerosakan.
Apabila sesebuah unit penyamanan udara hendak diperiksa atau disenggara, pastikan unit tersebut berhenti beroperasi dan bebas daripada pengaliran arus elektrik. Palam tiga pin haruslah dikeluarkan daripada soket alir keluar. Penyenggaraan asas bagi sesebuah unit penyamanan udara boleh dibuat seperti yang berikut:
-Pembersihan Penyaring Udara-
Pembersihan penyaring udara mestilah dilakukan sebelum dan selepaas operasi dan dua minggu sekali pada masa unit beroperasi. Kekotoran pada penyaring udara akan mengurangkan kadar aliran udara dan mengurangkan keupayaan penyerapan haba. Pembersihan hendaklah dilakukan dengan membasuh penyaring tersebut dan me-ngeringkannya terlebih dahulu sebelum digunakan kembali. Jangan sekali-kali mem-biarkan unit beroperasi tanpa penyaring.
-Pembersihan Peresap Udara-⛄⛄
Semasa membersihkan peresap udara, elakkan menyemburkan air terus kepada per-mukaan peresap. Gunakan kain basah untuk menggilapkannya. Menggunakan air panas yang bersuhu 50°C boleh menghilangkan warna atau menukarkan warna asal. Menggunakan bahan-bahan kimia lain juga tidak digalakkan kerana kesan jangka panjang terhadap warna peresap tersebut.
-Penyenggaraan Sebelum Masa Operasi-
Pemeriksaan laluan udara dari dalam dan luar pada unit penyamanan hendaklah dilakukan untuk memastikan tidak ada benda-benda yang boleh menghalang laluan udara. Selain itu ujian bagi pemutus litar juga dilakukan sebagai langkah kesela-matan untuk melindungi unit tersebut.
-Penyenggaraan Selepas Masa Operasi-
Selepas unit dihentikan daripada beroperasi tidak bermakna unit tersebut terus ber-henti. Untuk penyenggaraan yang baik biarkan kipas berpusing untuk beberapa lama bagi mengeringkan komponen pada unit tersebut. Kadar air yang banyak bertakung pada unit tersebut akan menyebabkan terjadinya karat. Penyenggaraan yang selalu dilakukan menjadikan unit beroperasi dengan lancar dan tidak menimbulkan mas-alah. Selain itu tempoh hayat unit penyamanan udara menjadi lebih panjang.
sebarang pertanyaan wssup/call: 0134883391@0195525082
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar
06700
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |