Diari Optom
21/04/2023
Sepanjang Ramadan admin perasan, jualan mercun dan bunga api pada tahun ini sangat berleluasa & amat mudah didapati terutamanya di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, tepi-tepi jalan hatta di restoran yang menyediakan buffet iftar.
Admin tidak berminat untuk menyentuh isu ini sebab mercun sekarang sudah "halal". Penjual tak perlu seludup dari negara jiran tapi mesti dibeli dari syarikat pengimport berlesen. Namun post kali ini lebih kepada untuk menceritakan pengalaman peribadi & memberi komen dari sudut pandang seorang optometris.
Tidak dinafikan kemeriahan Ramadan dan Syawal kurang dirasai jika tiada percikan mercun, bunga api mahupun dentuman meriam. Tapi jangan kita lupa, ia juga disusuli dengan "kemeriahan" berita putus jari, hancur jari/tangan dan sebagainya di media massa dan media cetak suatu ketika dulu.
Cuma sekarang, isu seperti itu kurang diangkat. Sebaliknya isu viral seperti pelancaran lagu raya baru oleh jutawan kosmetik dan jenama baju raya oleh selebriti/artis, resepi baru dari influencer, isu penyondol sehinggalah penentuan tarikh hari raya aidilfitri lebih mencuri tumpuan di media sosial.
Sejujurnya, pengalaman admin dengan mercun atau bunga api apatah lagi meriam hampir tiada kerana prinsip bapa admin yang sangat tegas.
Bagi beliau:-
1) semua itu membahayakan terutamanya jari, tangan dan mata
2) daripada beli mercun/bunga api, lebih baik beli makanan
3) bunyi bising buat bayi/anak kecil terganggu & mengundang amarah jiran setempat
4) kat Palestin sana sibuk dok kena bom, hampa kat sini bole dok seronok main mercun (hat ni paling terkesan sampai sekarang ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜)
Sebagai seorang bapa, pasti teringin untuk kita biarkan anak merasai pengalaman main mercun. Namun, setelah melalui beberapa pembacaan tentang "eye injuries/trauma", admin berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit fakta & statistik dari artikel dan kajian.
Eye/ocular injuries or trauma (kecederaan mata) merupakan antara rujukan yang kerap diterima klinik mata. Terdapat 2 jenis utama iaitu blunt trauma (tumpul) dan penetrating/perforating injury (tembus/tebuk).
Kes blunt trauma kebiasaannya berpunca dari pergaduhan/bertumbuk (fist fight), bulu tangkis badminton atau bola tenis (sport injury). Kes penetrating injury p**a seperti mata terkena tusukan/serpihan benda tajam atau mata dimasuki partikel/bendasing dengan halaju tinggi (high velocity foreign body)
Selain itu, terdapat juga kecederaan mata melibatkan cecair kimia (chemical eye injury) seperti percikan asid/alkali/gam ke dalam mata atau haba (thermal eye injury) seperti mercun dan bunga api. Semua kemalangan ini berpunca sama ada di rumah, tempat kerja ataupun jalan raya.
Dalam satu kajian yang dijalankan di Malaysia, "Ocular burns and related injuries due to fireworks during the Aidil Fitri celebration on the East Coast of the Peninsular Malaysia" mendapati bahawa daripada jumlah 30 pesakit:
1) 70% berumur 12 tahun ke bawah
2) 96.67% adalah lelaki
3) 60% merupakan thermal ocular injury
4) 46.67% berpunca dari penyalaan api mercun/bunga api
5) 35.29% melibatkan kesan bakar di kornea & kelopak mata
6) 50% terkesan adalah orang sekeliling/penonton
7) 96.67% tidak memakai sebarang perlindungan mata
Kesimp**annya, malang tidak berbau. Fahami risiko, berhati-hati dan sentiasalah memantau anak kita sepanjang mereka bermain mercun/bunga api. Komplikasi terhadap mata berbeza. Ada yang ringan, ada yang boleh mengakibatkan kebutaan kekal.
Semoga Ailditfitri disambut dalam kemeriahan dan keceriaan bukan dengan kecederaan ataupun kecelakaan. Main-main juga, bukan tak boleh main langsung, tapi jangan p**a berlebih-lebihan sampai menenggelamkan takbir raya.
Salam Aidiltri dari admin sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
Sumber imej: Google
Rujukan:
1) http://www.myhealth.gov.my/en/eye-injury/
2) https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S030541791000149X
3)
https://www.semanticscholar.org/paper/REVIEW-OF-OCULAR-INJURIES-IN-MALAYSIA-Thevi-Reddy/45865759acbc3644d87b5632a955cdf839274987
18/04/2023
Dalam posting yang lepas, kita membicarakan hukum menggunakan ubat titis mata ketika berpuasa.
Untuk posting kali ini, admin menghimpunkan dua persoalan berkaitan hukum pemakaian kanta lekap (contact lens) beserta rujukan.
1) Hukum memakai kanta lekap ketika berpuasa
Hukumnya harus. Ia diqiyaskan kepada hukum bercelak dan penggunaannya tidak batal puasa. Mata tidak termasuk dalam rongga tubuh yang terbuka dan perlu dipelihara, malahan memakai kanta lekap bukan satu bentuk perbuatan makan atau minum.
2) Hukum memakai kanta lekap berwarna
Menjelang hari perayaan, perkahwinan/persandingan, dinner atau event, kanta lekap (terutamanya berwarna) pasti menjadi salah satu aksesori utama bagi kebanyakan kaum wanita.
Menurut Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dalam Irshad Al-Fatwa ke-144, hukum asal pemakaian kanta lekap berwarna adalah harus, namun seeloknya ditinggalkan demi mengelak diri daripada terjebak ke dalam fitnah.
Para ulama' menggariskan beberapa syarat antaranya:
1) Tidak memudaratkan mata
2) Tidak berlaku pembaziran
3) Tidak menyerupai mata binatang
4) Tidak terdapat unsur-unsur penipuan, menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah
Islam sebagai agama yang syumul dan panduan hidup tidak menghalang umatnya untuk berhias terutamanya pada hari perayaan besar agama namun tidaklah secara berlebihan sehingga menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah, apatah lagi tabarruj.
Islam menganjurkan kesederhaan lantas mengharamkan perhiasan yang melampaui batas seperti mengubah ciptaan secara kekal, menyerupai binatang atau mirip agama lain. Islam juga melarang pembaziran dan menentang keras sebarang unsur penipuan.
Kesimp**annya, segala penggunaan peranti perubatan (kanta lekap tergolong) mahupun alat bantuan bagi tujuan perubatan adalah diharuskan melainkan ianya mendatangkan mudarat kepada individu itu sendiri.
Sumber imej: Google
Rujukan:
1)
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1857-irsyad-al-fatwa-ke-143-hukum-memakai-kanta-lekap-contact-lens-berwarna?fbclid=IwAR0tS4Lfn3dzStyusiNHhb4CsLq8KkEPhKryQtxQPherqi6QGanANZz0Xcc
2) https://maktabahalbakri.com/1190-memakai-kanta-lekap-ketika-berbuka/
3) https://fb.watch/jZd6EJnFws/
4) https://fb.watch/jZdbwLrZgw/
09/04/2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Website
Address
Optometri HSB
Alor Setar
05460