PASAR BUKU KEDAH

PASAR BUKU KEDAH

Share

22/09/2020

Hi semua. PPAK akan mengadakan satu program baharu iaitu BOOK vs COOK: Tumis-Tumis Library dengan penampilan hebat oleh CHEF FAIZAL MEHAT.

Ikuti program ini secara rakaman di facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah pada:

27/09/2020 (Ahad)
25/10/2020 (Ahad)
29/11/2020 (Ahad)
27/12/2020 (Ahad)

Untuk makluman semua, CHEF FAIZAL MEHAT merupakan salah seorang JUARA untuk Program Jom Masak Bersama Seri Murni Dapur Duet yang dianjurkan oleh TV3. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai juri bagi beberapa pertandingan masakan serta pernah menjadi tetamu untuk program masakan Aroma Tradisi oleh TV3. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Private Royal Chef kepada Almarhum Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke 14.

Untuk program kali ini, Chef Faizal Mehat akan memasak sambil membuat REVIEW TENTANG BUKU MASAKAN di perpustakaan.

Jangan lupa tau temu janji kita 😊

17/08/2020

REKA DIALOG MERDEKA 2020

Kali ini, Ustaz Kartun nak ajak adik-adik reka dialog paling menarik dan kreatif berdasarkan gambar di bawah.

Mudah je, ikut cara di bawah:
1️. Share post ini & .
2️. Tuliskan dialog seperti contoh berikut di ruangan komen di Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

A: Wah, semangatnya Adam.

B: Jomlah, tak sabar nak tengok sambutan kemerdekaan.

C: Ingat! jaga jarak sosial. Jangan lupa pakai pelitup muka dan ikut SOP! Kerana Allah juga menggalakkan hambanya menjaga diri dan nyawa. .

Teruskan support
▶ Facebook : Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
▶ Instagram : kedahlibrary
▶ Website : http://kedahlib.gov.my/

❤️ LIKE, COMMENT & SHARE.

▶ 10 dialog yang paling menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang.
▶ Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk menerima hadiah.
▶ Terbuka kepada warganeraga Malaysia yang bermastautin di Negeri Kedah.
▶ Boleh juga tag mak ayah yang lain untuk join contest ni sama-sama.

Selamat mencuba!

Tarikh tutup pertandingan ini pada 31 Ogos 2020. Semoga berjaya!!!

Maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Syira dan
En. Rehan di talian 04-7333592 / 7314695.

04/08/2020

CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA
(Oleh: Rosemarie Urquico. Terjemahan: Izmil Amri)

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak s**a diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia s**a buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia s**a Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia s**a. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.

Want your business to be the top-listed Media Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Kolam Air
Alor Setar
05100