JSPT KEDAH
18/05/2026
⚠️ Merempit Hanya Tempah Maut! 🏍️💥
Jangan biar mata orang tersayang dibanjiri dengan air mata.
Aksi lagak ngeri mungkin nampak hebat di mata kawan, tapi di jalan raya ia hanya membawa risiko, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Keseronokan yang sementara tidak berbaloi dengan masa depan yang hilang selamanya.
📌 Pesanan buat penunggang motosikal:
✔️ Jalan raya bukan tempat berlumba atau menunjuk aksi
✔️ Satu kesilapan, nyawa boleh melayang
✔️ Tunggang dengan berhemah dan patuhi peraturan
✔️ Hormati pengguna jalan raya lain, keselamatan milik semua
❤️🩹 Sayangi diri, sayangi keluarga.
Pilih selamat, bukan penyesalan.
13/05/2026
🚨 Ibu bapa, jangan ambil mudah soal keselamatan anak-anak di jalan raya.
Tolonglah pantau pergerakan mereka. Jangan biarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen dan tanpa kemahiran yang sepatutnya. Jalan raya bukan tempat untuk belajar secara berani tanpa ilmu dan tanggungjawab.
Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita perlu menasihati, menegur malah memarahi mereka jika perlu demi keselamatan dan masa depan mereka.
Jangan kerana terlalu berlembut, akhirnya kita menyesal seumur hidup.
Ingat, satu kecuaian boleh meragut nyawa dan menghancurkan harapan sebuah keluarga. 🚑💔
Cegah sebelum terlambat.
Sayangi anak-anak bukan sekadar memberi kebebasan, tetapi memastikan mereka selamat. 🛵⚠️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
JABATAN SIASATAN & PENGUATKUASAAN TRAFIK, IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KEDAH, Jalan STADIUM
Alor Setar
05560
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |